Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 17, 2008

KAPPel '09



Assalamu'alaykum. .

Semoga ikhwah/akhawat semua berada di bawah naunganNya senantiasa. Seperti yang dijanjikan, PENDAFTARAN untuk KAPPel '09 kini dibuka.

Tarikh tutup pendaftaran: 2 Januari 2009

KAPPel '09

Kursus Asas Pra-Perkahwinan Nasional '09
.: Langkah Bermula...Membina Mahligai Bahagia :.

Bila?

10 dan 11 Januari 2009 (Sabtu & Ahad)

Di mana?

Masjid As-Syakirin, KLCC

Untuk siapa?

Terbuka kepada 150 peserta dari ahli Karisma dan JIM Belia yang berumur 20-30 tahun
[masih bujang dan merancang untuk kahwin/ sudah berkahwin dan usia perkahwinan kurang setahun]

Yurannya?

Cuma RM50 sahaja!

Anjuran
Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Kebajikan JIM Pusat [JKPKK], JIM Kuala Lumpur dan Karisma Nasional

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nur Idayu Binti Abd Rahman - 019-2273155
Jamnorzila Mustapa - 012-3503234


Thursday, December 11, 2008

PKN 2008!




Karnival KARISMA!





Jom berKarnival!

Kenapa?
Krn karnival ini lain drpd yg lain!
~Mari rasai sendiri, suasana yg menghiburkan tp Islami~
... Dan yang penting, karnival ini adalah utk anda!


Apa yang ada?
Eh...Macam-macam adaaa...!
Kita ada forum, bazaar, pameran, nasyid,
bengkel penulisan dan baanyak lagi.
Datanglah, InsyaAllah tak rugi... ;)


Ha, tunggu apa lagi?
Kosongkan tarikh 27 & 28 Disember ini...
Bawaklah sekali mak ayah, famili, saudara mara & sahabat handai.
Pendek kata, semuaaalah yg ada...

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.


Program Aulad!



Alhamdulillah, dalam kesibukan permulaan semester baru di IIC, Allah masih memberi ruang dan kesempatan buat diri Kak Yong dan Sakeena untuk menyumbangkan tenaga dalam program Aulad anjuran Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang diadakan di Pondok Penyayang Raudhah, Gombak. Program ini telah berlangsung pada 2 Disember 2008 yang lalu.

Seawal jam 8.15 pagi Kak Yong dan Sakeena tiba di perkarangan Sekolah Islam Al-Amin, Gombak. Tidak lama kemudian Mak Long, Makcik Jam dan makcik-makcik yang lain tiba. Tepat jam 8.30 pagi, kami bergerak menuju ke lokasi.

Setibanya di lokasi, kami di sambut oleh pihak pengurusan Pondok Penyayang Raudhah. Seramai 63 orang adik-adik dari JIM KL dan adik-adik dari Pondok Penyayang Raudhah telah mengambil bahagian.

Slot ice breaking telah dikendalikan oleh Kak Nina dan diteruskan dengan slot Kami Khalifah Allah. Slot ini memperingatkan adik-adik tentang tanggung-jawab terhadap Allah & Rasul, kedua ibubapa, sahabat dan alam. Program seterusnya adalah sukaneka & treasure hunt yang dikendalikan oleh pihak Raudhah.

Sejurus selepas itu, adik-adik telah diberi peluang untuk membuat 'palm print' di atas kad manila yang disediakan. Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah/cenderahati dan makan tengahari. Secara keseluruhannya adik-adik kelihatan seronok dan Kak Yong sendiri mendapat banyak pelajaran dan pengalaman menarik di sini.









~Kak Yong~

Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah 2008

Pada 2 November 2008 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah di Saujana Resort, Subang. Seramai 10 orang akhwat K-IIC turut menyumbang tenaga bagi menjayakan majlis ini di mana mereka bertugas sebagai 'baby sitter'. Majlis ini telah menghimpunkan begitu ramai keluarga angkat kepada anak-anak kelahiran RS. Dari bayi hingga kepada anak-anak yang kian menuju keremajaannya ini telah diaturkan agendanya bersama akhwat KARISMA. Gegak gempita suasana dengan suara-suara kecil disertai pelbagai aksi. Memang menguji minda dan kesabaran akhwat namun semuanya adalah latihan untuk menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.


KHAS BUAT ANAK-ANAK RAUDATUL SAKINAH

"SEORANG ANAK"

1.
Berkumpul kasih ibu
mewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahit
di sudut hati

2.
Senyum dan tawamu
yang jernih
bagai meminta
setitis erti
penyatuan seluruh mata angin
dari semua lautan:
ke dalam ruang lapang
yang lebih selesa
dan dewasa

3.
Di sini, seorang anak
berkumpul kasih ibu
mewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsia
yang tersimpan
nikmat kamar

4.
Seluruh waktu tangismu
di semua ladang:
membakar kebiasaan tidur
hangus bersama
berahi mimpi

5.
Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujan
mengisi seluruh ketandusan
sawah di desa

6.
Musim dewasamu
kubina diri
kuhitung hari
kukota kata
sambil mencatatsimpankan
gerak-geri waktu
yang berubah
seperti biasa
tetapi lain

7.
Dan seluruh perbuatan
yang bertentangan
menjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.
Lalu, seoarang anak
simbol penghubung
ikatan sebuah rumahtangga
keakhir zaman

Nukilan rasa:
(Damai Tinta K-IIC)

Gambar-gambar sekitar Majlis Sumbangsih RS 2008:













Kisah lanjut di blog-blog berikut:

Damai Tinta
Kak Ngah
Ayu



"Jika pada dasarnya kita melakukan sesuatu adalah dengan niat membantu sesama muslim, ikhlas akan pengorbanan masa, tenaga, waktu... barangkali nikmat itu Allah akan balas dengan nikmat yang kita sendiri tidak mampu untuk mengandaikan bila, apa, di mana dan mengapa... kerana setiap persoalan yang bermain dalam lingkar minda adalah rahsia pemikir semata"

Syukran jazilan kepada Tuan Rumah... Umi Roses... Umi Ida... Kak Teh Misah dan seluruh penggerak K-IIC kali ini...


~Kak Yong~

Thursday, October 9, 2008

Jemputan ke Majlis Raya Aidilfitri JIM




Menemui Ikhwah / akhwat Sekalian...

Sukacita dimaklumkan bahawa


Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM


akan diadakan bertepatan pada :

12 Oktober 2008 (Ahad)


12 Syawal 1429H

bermula jam


9.00am - 1.00pm


bertempat di :

Ruang Legar Ibu Pejabat JIM PUSAT

( Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati,

Selangor )


pihak penganjur & AJK Program sangat-sangat mengharapkan agar ikhwah/at dikalangan JIM / KARISMA
dapat datang berbondong-bondong ke majlis hari raya ini...

siapa yang perlu antum bawa ke majlis ini.

  • Sahabat2 Seusrah dgn antum
  • anak-anak usrah antum.
  • mad'u-mad'u baru antum.
  • sahabat, kenalan, teman sefakulti, teman sebilik, kawan lama sekolah antum.
  • kaum keluarga, keluarga Mertua, sepupu sepapat,
  • Client2 di offis ( bagi yg bekerja )...
  • sahabat2 pas, GAMIS, PKPIM,GMI atau apa sahaja WADAH yang antum kenali...

acara...makanan. ..tetamu. ..tetamu yang hebat-hebat bakal bersama kita..ayuh..pakat ajak kawan-kawan ramai2 yer...

ajak jangan tak ajak


Wednesday, October 8, 2008

Jemputan ke Majlis Raya Aidilfitri JDB




JEMPUTAN KE MAJLIS
HARI RAYA AIDILFITRI
JIM DAERAH BATU


Dengan segala hormatnya menjemput:
Ahli Karisma Kuala Lumpur
Ahli Karisma IIC
Pengendali team KBM KL
Fasi-fasi KBM KL
Ahli-ahli JIM Daerah Batu


pada
11 Oktober 2008 (Sabtu)
11 Syawal 1429H


Masa
8.45 malam - 10.30 malam

Bertempat di
Dewan Orang Ramai
Taman Gombak
(Jalan ke Taman Melewar)

Semoga dengan kehadiran antum akan menyerikan majlis ini.

Wassalam.

Monday, September 8, 2008

::Cloning Abdul Rahman Auf::






Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum watahmatullahi wabarakatuh..

Pada 30,31 Ogos dan 1 September 2008 yag lalu, KARISMA IIC (K-IIC) telah menghantar 2 orang wakil untuk menyertai program Inaugural MUSLIMpreneur Leadership Camp atau IMPAC yang bertempat di Mini Audi, IIUM yang di anjurkan oleh JK Dana KARISMA Nasional (KnL).
Wakil dari K-IIC iaitu Ukhti Atikah Mohd Hatta dan Ukhti Sakeena Zahidah telah sama2 menyertai 45 lg peserta dari KARISMA lokaliti2 seluruh negara.
Dengan bertemakan "Cloning Abdul Rahman bin Auf", tujuan program ini di jalankan adalah untuk menjana semangat ahli2 KARISMA khususnya JK Dana setiap lokaliti utk menubuhkan perniagaan sama ada di masa sekarang mahupun akan datang. Selain itu, IMPAC merupakan titik tolak bg KARISMA melancarkan program MUSLIMprenuer Developme1nt Plan-1 (MDP-1) yang sejajar dgn ingin mencapai matlamat FIDAK 2015. MDP-1 ini dijangkakan mencapai matlamat pada pertengahan 2009 dimana JK Dana di setiap lokaliti mempunyai sumber pendapatan bg menjana aktiviti2 KARISMA ipt masing2.
Sepanjang 3 hari program tersebut, para peserta telah didedahkan dgn pelbagai ilmu2 berkaitan keusahawanan dlm 10 slot.
Slot2 tersebut adalah
Modul 1: Adakah bidang keusahawanan sesuai untuk anda?
Modul 2: Bagaimana Hendak Bermula Berniaga Tanpa Modal?
Modul 3: Creating an Effective Business Plan
Modul 4: Had Keuntungan Dalam Perniagaan yang dibenarkan oleh Islam
Modul 5: Mencari Keberkatan dalam Perniagaan
Module 6: Muhammad is the Smart Leader & Manager
Modul 7: Forum Jutawan “Membongkar Rahsia Kejayaan Muslim-Preneur”
Modul 8: Jihad Perniagaan
Modul 9: the Top 10 Mistakes People Make when Starting a Business
Modul 10: Halal & Haram dalam Perniagaan

Speaker Forum Jutawan

Setiap slot telah di sampaikan oleh beberapa orang tokoh perniagaan yang dijemput sebagai speaker. Antaranya ialan En. Johari Maarof, Pn Hjh Rahana, En.Sodikin Kasimin, En. Azman Hussein, Akh Abdullah Mujahid dan ramai lg.
Pengisian mereka cukup mantap dan telah menjana semangat peserta2 dlm menubuhkan perniagaan 1 masa nanti

Bakal MUSLIMpreneur Ikhwah

Selain daripada itu, para peserta juga telah di tugaskan dalam 2 LDK.LDK yang pertama, peserta telah di agihkan ke dalam 7 kumpulan. Setiap kumpulan di tugaskan utk menyediakan sebuah perancangan perniagaan (business plan) utk satu bentuk perniagaan yang boleh di rencana dan dijalankan pada masa depan. Peserta dikehendaki mempersembahkan business plan tersebut dengan menyatakan plan operasi, keunikan, plan kewangan serta plan pentadbiran perniagaan tersebut. 1 cabaran buat peserta bg memperincikan business plan tersebut dlm jangka masa kurang 24 jam.

Bakal MUSLIMperneur Akhawat

LDK ke 2 pula, para peserta dikehendaki menjalankan simulasi perniagaan (busniess sumilation) di mana, setiap kumpulan akan di berikan beberapa produk iaiti baju IMPAC, buku "25 Panduan Menulis & Menerbit Buku", beberapa kotak Kurma Mariami dan Rayuan Ramadhan utk dipromosi dan dijual di sekitar Plaza Idaman, Jln Gombak dan UIA.
Dlm masa 2 jam, setiap kumpulan di kehendaki menjual sekurang2nya 2 bg setiap produk pada penduduk sekitar.

Pengalaman menjadi "salesperson" sgt berharga buat semua peserta dimana mereka merasai perit menjalankan perniagaan dlm apa jua bentuk, bagaimana berkomunikasi antara kakitangan perniagaan, bagaimana menjalankan "marketing strategy" serta bagaimana menarik perhatian pelanggan dlm melariskan produk yang terhad.

Di akhir program, acara penyampaian sijil serta anugerah telah di adakan.
Anugerah yang di beri adalah "Best Muslimpreneur Award" yang di anugerahkan kpd salah seorang peserta yng telah menampakkan potensi terbaik sgn MUSLIMpreneur serta "Best Company Award" yang di berikan kpd kumpulan yang menonjolkan semangat keusahawanan. Maaf, ana tidak dapat nama pemenang bg "Best Muslipreneur Award"
tetapi "Best Company Award" telah di menangi oleh kumpulan "Vibrant Excess Training & Management Sdn Bhd" iaitu kumpulan yang dianggotai oleh Ukhti Atikah dr K-IIC. Syarikat ini telah menjalankan business plan yang menjalankan perniagaan 'event management & training' seperti menjalankan program2 motivasi,latihan kefasilitatoran dan majlis2 sekolah serta IPT.

Alhamdulillah manfaat dr IMPAC cukup besar. Harapan buat JK Dana K-IIC yang bakal di lantik dlm menjana bakat MUSLIMpreneur dlm duri setiap ahli bg mengembangkan kemajuan KARISMA di bumi IIC..Insya Allah

Report by-Ukhti Atikah
www.syahidiniman.blogspot.com

Wednesday, August 20, 2008

ROQ ~ Remembrance of Al-Quds



Mengenang memori berdarah 21 Ogos 1969.






Kak Yong: hari ni KY pakai 'all black' dari jubah hitam sampai tudung hitam, sempena ROQ!



Monday, August 11, 2008

KARISMA IIC ~ Terlakar Sejarah Di Bumi IIC

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, segala puji buat Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA, maka pada 8 Ogos 2008 (tarikh keramat 080808) bertempat di Pusat Komuniti JIM(PKJ), Pusat Bandar Melawati, KARISMA IIC (International Islamic College) telah dilancarkan. Turut dilancarkan pada tarikh yang sama adalah KARISMA Kuala Lumpur.

Jutaan kesyukuran dipanjatkan kerana program telah berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana yang sederhana. Program dirasmikan oleh Yang Dipertua JIM Kuala Lumpur, Akh Roshasni Marjumat yang menyampaikan ucapan dengan cukup bersemangat. Majlis turut dihadiri oleh Karisma daripada IIC, USIM KL, UKM KL dan PPUKM. Turut serta ialah naqib dan naqibah JIM Daerah Batu dan Titiwangsa yang membawa usrah pelajar IPT yang terlibat.

Pada malam tersebut juga, pengumuman Ahli Jawatankuasa Penaja Karisma Kuala Lumpur sesi 2008/2009 telah dibuat. Akh Hafizul Amin (USIM KL) dan Ukht Athirah (UKM KL) telah dilantik menjadi Ameer dan Ameerah. Akh Arif, Ukht Nasyitah dan Ukht Asyi telah terpilih sebagai wakil dari IIC dalam jawatankuasa penaja KARISMA KL.

Perancangan penubuhan KARISMA IIC sejak tahun 2006 lagi akhirnya telah menjadi kenyataan. Insyaallah, tanzim akan dibentuk selepas ini. Moga usaha-usaha dakwah dan islah di bumi IIC akan semakin mekar dan dipermudahkan selepas ini...



Akh Amirul sedang memberi ucapan...

Akh Wan Am sedang memberi penerangan tentang penubuhan KARISMA Kuala Lumpur...


Kak Yong: Satu tugas dan amanah yang berat harus dipikul buat warga k-IIC...rapatkan ukhwah, gerakkan islah di bumi IIC...

Wednesday, August 6, 2008

Debaran Melanda - KARISMA IIC

Pada 6 Ogos 2008, jam 8.30 malam, bertempat di teratak Kak Teh, mesyuarat berkaitan pelancaran KARISMA IIC telah diadakan. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pak Teh Faiz, Akh Wan Am, Makcik Hasnah, Kak Teh Misah, Arif, Kak Yong, Kak Ngah dan Alang Atie.

Mesyuarat ini telah membincangkan tentang penubuhan KARISMA di IIC dan pelancaran KARISMA IIC yang bakal dilangsungkan serentak dengan pelancaran KARISMA KL pada 8 Ogos 2008. Arif telah dilantik menjadi 'amir' di IIC manakala jawatan 'amirah' disandang oleh Kak Yong. Mesyuarat juga memutuskan bahawa tanzim akan dibentuk selepas pelancaran KARISMA IIC. Straregic planning untuk KARISMA IIC akan dibincangkan pada 17 Ogos 2008 akan datang. 2 orang akhwat dari IIC telah diputuskan untuk disenaraikan dalam KARISMA KL.


Kak Yong:
KARISMA IIC akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Ogos 2008, jam 9 malam bertempat di Pejabat JIM Pusat serentak dengan pelancaran KARISMA KL. 080808

Daurah Intensif 2 dan Rehlah Alumni KBM IIC

Alhamdulillah, pada 18 dan 19 Julai 2008 seramai 15 orang akhwat dan 4 orang ikhwah dari IIC telah mengikuti Daurah Intensif 2 yang berlangsung di pelbagai tempat. Pada 18 Julai 2008, tepat jam 9 malam, 15 orang akhwat IIC bersama Kak Teh (naqibah kami) telah berkunjung ke kediaman tokoh JIM iaitu Ibu Yus dan Ummi Roses yang merupakan orang kuat rumah Raudhatus Sakinah. Banyak perkara telah dikongsikan oleh Ummi dan Ibu bermula dari titik permulaan perjuangan mereka dalam menegakkan syiar Islam termasuk pembabitan mereka dalam JIM (Raudhatus Sakinah). Pada 19 Julai 2008 pula kami berdaurah di Pejabat JIM pusat di Taman Melawati. Pengisian di sebelah pagi bertajuk "AKHLAQ: Perhubungan Silang Jantina" telah disampaikan oleh Ustazah Zaidatulakma. Seterusnya di sebelah petang Ustaz Alizi Alias, pensyarah di Jabatan Psikologi UIAM telah menyampaikan 2 tajuk pengisian iaitu "ISLAM: Ad-Din yang syumul" dan "Ibadah dalam Islam". Usai solat Asar, kami diberikan penerangan tentang KARISMA - Kelab Rakan Mahasiswa Islah Malaysia yang disampaikan oleh Kak Teh dan Akh Wan Am dan juga perancangan penubuhan KARISMA di IIC. Di sebelah malam tepat jam 9 kami mengunjungi rumah Kak Anfal bagi mengikuti perkongsian berkenaan "Membina Rumahtangga Islam - Baitul Muslim". Insyaallah, pengisian sepanjang daurah kali ini akan dimuatkan dalam teratak ini.


Bersama Ummi Roses dan Ibu Yus


Bersama Ustazah Zaidatulakma...

Bersama Ustaz Alizi Alias...



Bersama Kak Anfal...


Pada 20 Julai 2008, seramai 26 akhwat dan 2 orang ikhwah dari IIC telah mengikuti Rehlah di Air Terjun Sungai Tua. Rehlah yang julung-julung kali diadakan turut disertai oleh akhwat dari UIAM PJ. Pak Long Hassan & keluarga, Kak Teh & keluarga, Kak Nina, Kak Nahdia & Hana dan naqibah-naqibah dari UIAM PJ turut memeriahkan rehlah kali ini.

Kerja-kerja membakar ayam, daging burger dan sosej telah diuruskan oleh Akh Ariff, Akh Khai, Kak Yong, Bie, Pak Long dan Mak Long. Berpeluh-peluh kami dibuatnya. Games telah dikendalikan oleh Kak Ngah, Kak Chik, Alang Atie, Andak, Uda dan Anjang Kila. Selesai games, masing-masing menyerbu sungai dan menikmati hidangan mee hoon goreng dan BBQ. Majlis turut disemarakkan dengan sambutan ulang tahun Anis Solehah Azhari (anak Kak Teh) yang pertama. Selesai makan, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games yang disediakan. Kami bertolak pulang pada jam 2.45 petang.


Ribuan terima kasih. syukran jazilan diucapkan kepada semua yang telah menjayakan rehlah kali ini. Barakallah 'alaikum. ERATKAN UKHUWWAH, GERAKKAN ISLAH!

Akh Ariff, Akh Khai, Kak Yong, Pak Long dan Mak Long sibuk membakar ayam...

Barisan ratu cantik...hehehe...

10 beradik usrah...


Ummi, Anis dan Babah potong kek...


Senyuman seorang juara...

Barisan akhwat IIC...

Pelukan ukhuwah...




Kak Yong: Uhibbukum fillah abadan abada...

Daurah Intensif Akhwat IIC

Alhamdulillah, pada 14 Jun 2008 yang lalu seramai 7 orang akhwat IIC telah hadir ke Pejabat JIM Pusat bagi mengikuti Daurah Intensif yang dianjurkan oleh naqibah kami iaitu Kak Teh Misah.

Program dimulakan pada jam 10 pagi dengan slot pertama bersama Akh Dhany Sarip dengan tajuk pengisiannya "Iman dan Ukhuwwah". Sebelah petang setelah selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah dan makan tengahari, slot "Tuntutan Akhlak Dalam Islam" telah dikendalikan oleh Kak Teh Misah. Selepas solat Asar kami merangka pelan jangka masa panjang untuk alumni KBM IIC termasuk usrah yang bakal dibawa oleh kami barisan usrah penggerak (Kak Yong, Kak Ngah, Kak Chik, Alang Atie, Anjang Kila, Uda Nas, dan Andak). Kami juga telah merancang rehlah untuk alumni KBM IIC bertempat di Sungai Tua.

Di sebelah malam pula slot bersama Ustazah Zai'mah dengan tajuk "Mengenal Al-Qur'an". Tajuk ni tersangat-sangatlah bagus hasil kupasan ustazah yang sangat mantap! Keinsafan dan kesedaran melanda diri masing-masing. Perbincangan diteruskan hingga jam 11 malam. Slot ini turut disertai oleh Arif dan Taufiq.

Jam 5 pagi keesokkan harinya iaitu pada 15 Jun 2008, Pak Andak datang dan menjadi imam bagi qiamullail. Selepas solat Subuh berjemaah dan tazkirah, majlis pun bersurai. Syukran jazilan buat Kak Teh atas penganjuran daurah kali ni. Terasa sangat bertambah erat tautan ukhuwwah antara kami. Jazakumullahu khairan jaza'...


Akh Dhany menyampaikan slot "Iman dan Ukhuwwah"

Kak Yong sedang menulis warkah buat sahabat

Ucu dan Uda sedang tekun menulis

Alang dan Kak Teh Misah tekun mengikuti pengisian

Suasana bilik Islah, Pejabat JIM Pusat

Thursday, July 17, 2008

KBM Kolej Islam Antarabangsa

Alhamdulillah, pada 7 dan 8 Jun yang lalu program KBM - Keindahan Bersama Mu telah berjaya diadakan di Kolej Islam Antarabangsa. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Wanita, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa dengan kerjasama JIM Daerah Batu dan KRJ Motivasi Kuala Lumpur.

Program ini merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Wanita yang juga merupakan bahagian yang baru ditubuhkan dalam Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa. Program ini menerima penyertaan seramai 47 orang yang terdiri dari 11 orang ikhwah dan 36 orang akhwat. Barisan akhwat IIC seramai 6 orang yang sebelum ini menjadi fasilitator dalam program KBM di sekolah-sekolah sekitar KL dan Selangor, turut menjadi peserta dalam program KBM di tempat sendiri. Walaupun banyak halangan dan cabaran sepanjang proses untuk merealisasikan KBM di Kolej Islam Antarabangsa, namun akhirnya pesawat KRJ telah berlepas dengan jayanya dari 'lapangan terbang' IIC.

Terdapat beberapa kelainan dalam slot-slot yang telah di sajikan oleh para pengendali di mana peserta dikejutkan dengan slide yang mengandungi kata-kata harapan ibu bapa beberapa orang peserta serta yang lebih menarik, live call kepada 2 orang parents di rumah buat anak-anak yang menyertai KBM IIC ni. Suasana sedih menyelubungi dewan ketika mendengar pesanan oleh ibu bapa tersebut. Beberapa peserta kemudian mengambil peluang mengulas kembali harapan dan luahan hati ibu ayah.

Majlis penutup KBM IIC dilaksanakan oleh En Rosli iaitu Kaunselor IIC dan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dari pihak kolej kepada team KBM-KL.


Kak Teh dan Kak Yong bersama adik-adik kumpulan Wahidah



Amin Mokri dan peserta sayang... tengah explore al-Qur'an


Abang Bai sedang mengendalikan slot KMKY...



Bincang-bincang...

Barisan pengendali, fasilitator dan pengarah program...


Antara komen & luahan para peserta:
  1. Dah lama aku tak menangis dan umur 23 tahun ni baru aku menangis. Program ni memang best giler-giler.
  2. Program ni memang bagus sangat-sangat. Kalau boleh saya nak mula join usrah ikhwah.
  3. Rugi tak bawak bestfriend saya…so feeling pun kurang la sebab buat in-team dengan orang yang tak berapa rapat.
  4. Kalau kena pergi KBM lagi sekali, biar kena bayar RM50 pun saya sanggup. Memang best sangat-sangat la!

Antara komen dari orang-orang yang dipaksa datang:

  1. Kak, terima kasih sebab paksa saya datang program ni. Kalau akak tak paksa saya datang, mesti saya takkan dapat rasa semua ni…
  2. Mula-mula rasa terpaksa, dah setengah hari rasa macam best…tapi bila dah habis memang best la sangat-sangat…memang rugi la sape yang tak datang. Kalau dah datang baru tau `keindahan' program ni…terima kasih banyak-banyak kak…
  3. Kak, insaf saya…program ni memang best sangat…kat sini la saya dapat sesuatu yang saya takkan dapat kat kolej. Kat sini la saya dapat luahkan lafaz yang tersimpan buat mak ayah saya…saya tak malu dan bangga sangat nak cakap… `Mak, ayah, saya saayaanngggg mak dan ayah'.

Komen peserta yang pernah menjadi fasilitator KBM:

  1. Memang rasa kelainan lebih-lebih lagi dalam slot Hijrah. Selama ni kita tengok adik-adik yang tulis, kita cuma guide. But, when you are dealing with yourself to write you own Hijrah towards Allah, parents (especially) and friends, it was all different. Lebih terasa dan bermakna..

Dan banyak lagi komen-komen dari peserta. Apa pun, bila pergantungan dibina sepenuhnya kepada Allah, hasil yang baik akan kita perolehi. Apapun, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan KBM di IIC. Syukran jazilan... Jazakumullahu khairal jaza'




Salam Perasmian




Dengan nama Allah yang Maha A-Rahman & Ar-Rahim...


Alhamdulillah, sesungguhnya kami memujinya, kami meminta pertolongan darinya, kami memohon ampun darinya, dan kami memohon perlindungan dari Allah daripada segala kejahatan, barangsiapa yang yang diberi hidayah oleh-Nya tidak akan dapat disesatkan oleh sesiapa, barangsiapa yang disesatkan oleh-Nya, tiada siapa yang dapat beri hidayah kepadanya. Dan kami bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah subhana wa ta'ala, dan sesungguhnya Muhammad Rasulullah sallahu'alaihi wassallam adalah pesuruh dan hambanya.

Di dalam blog ini insyaallah akan dimuatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia) Kolej Islam Antarabangsa termasuk aktiviti usrah ikhwah dan akhwat juga aktiviti-aktiviti lain termasuk rehlah dan daurah. Bersama-samalah kita melalui Islam membina masyarakat di kampus IIC.


-MAHASISWA DU'AT TERAS KEPIMPINAN-