Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 26, 2009

::Sedekad Mengukuh Tekad::PKN 09

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, satu lagi program utama KARISMA di peringkat nasional telah selamat di jalankan.
Perhimpunan Karisma Nasional atau PKN 09 telah berlangsung di Dewan Umar Al-Khattab, Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Damansara pada 25 hingga 26 Disember 2009.

Alhamdulillah, IIC telah menghantar seramai 4 orang Ikhwah (Idzuan, Muain, Syazman dan Aiman) dan 10 Akhawat ( Ikmal, Isma, Biha, Syuhada, Halimah, Ayu, Arifah, Hanaa, Ton, Nadzirah) sebagai pemerhati untuk PKN kali ini. Turut menyertai perjalanan Ikhwah Akhawat IIC adalah Ukh Damia yang merupakan Alumni, Ukt Izzati dari K-UNIMAS, Ukt Yatt dari K-UM dan ukt Atikah dari K-UIA serta Ukh Wan Haninah sebagai Alumni dan mas'ul IIC. Jazakallah atas komitmen.

PKN kali ini semsetinya membawa kelainan berbanding PKN yang lepas kerana pada tahun ini, PKN anjuran Karisma Nasional (KNL) dengan kerjasama Karisma Petaling Jaya adalah untuk meraikan ulang tahun KARISMA yang ke 10. Ini bermakna, sudah sedekad KARISMA bertapak di bumi Malaysia ini dengan membawa misi dan visi dakwah alam kampus.

Semenjak di lancarkan pada tahun 1999, KARISMA telah berjaya menjadi salah satu platform dakwah yang mebawa gerakan tarbiyyah khusus untuk para mahasiswa dan mahasisiwi di universiti-universiti seluruh Malaysia. Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat malah hingga ke bumi kenyalang, sejumlah 103 buah institusi tempatan telah mempunyai gerakan KARISMA.

Dengan bertemakan "Sedekad Mengukuh Tekad", sambutan ulang tahun KARISMA ke 10 telah di hidangkan dengan slot-slot yang menarik dan penuh berinformasi. Para perwakilan dan pemerhati di sajikan dengan slot talk bersama tokoh JIM, Ustaz Alias Osman. Kemudian turut di adakan slot-slot bersama mantan-mantan pemimpin KARISMA antaranya bersama mantan Presiden KARISMA pertama, Akh Fauwaz serta Kak Hamisah Manan yang telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di dalam barisan kepimpina KARISMA. Selain itu terdapat juga slot bersama Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) dan projek Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Turut diadakan forum bersama 2 mantan Presiden Karisma, Akh Wan Muhammad dan Akh Zubair yang mebincangkan “10 TAHUN KARISMA”.

Pada sebelah malamnya pula berlansung majlis perasmian PKN 09 oleh Tuan Presiden, Pakcik Zaid. Presiden KARISMA 09, Akh Abdullah Omar turut menyampaikan ucapan dasar PKN. ucapan dasar itu merangkumi pelbagai perkara antaranya pendaftaran KARISMA dalam ROS, FIDAK 2015, H1N1, baitul muslim dan banyak lagi. Selain itu turut di adakan perkongsian program Kasih Padang Karisma yang menayangkan video khas tentang ziarah ikhwah Karisma ke Padang selepas kejadian gempa bumi baru-baru ini. Selain itu, turut berlangsung majlis pelancaran buku terbaru hasil nukilan Kak Hamisah Manan( kak Misah) yang bertajuk "Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus". Alhamdulillah,mabruk buat kak Misah. semoga buku ini menjadi sumber inspirasi para du'at dan mad'u Karisma serta para penggerak dakwah di kampus!

PKN di teruskan pada pagi Sabtu dengan berlangsungnya persidangan KARISMA Nasional. Seramai lebih kurang 70 perwakilan dari 23 lokaliti (betul kan andai silap) telah mengambil tempat, di samping lebih 200 pemerhati setia memerhatikan dari belakang. Pelbagai isu telah di bahaskan oleh para perwakilan IPT dan daerah, kebanyakannya merujuk kepada teks ucapan dasar Presiden serta beberapa isu berbangkit.

Seterusnya menjelang petang, berlangsung perletakan jawatan pimpinan KNL serta perlantikan jawatankuasa baru yang bakal menerajui KARISMA utk tahun 2010. Akh Abdullah Omar sekali lagi diberi sepenuh kepercayaan memegang tampuk kepimpinan KARISMA untuk tahun ke 2. Selain beliau, muka-muka lama seperti Akh Khairul, Akh Abdullah Mujahid, Ukh Nihlah, Ukh Izanah, Ukt Idayu, Ukt Mashita, Ukt Hanaa, dan Ukh Nazihah kembali ke barisan kepimpinan. Antara lain yang di lantik adalah Akh Auzan dan Akh Al-Amin serta muka-muka baru yang lain. InsyaAllah kelak senarai penuh barisan kepimpinan KNL akan di keluarkan.

Tahniah buat KNL dan Karisma Petaling Jaya atas anjuran PKN 09 dan Sambutan Ulang Tahun k2 10 Karisma!
Tahniah buat Karisma UITM Shah Alam yang menjadi Karisma IPT terbaik!
Tahniah buat Karisma daerah Petaling yang menjadi Karisma Daerah terbaik!
Tahniah buat para perwakilan dan pemerhati yang berjaya memberi komitmen terbaik!
Dan Tahniah serta takziah buat barisan kepimpinan KNL atas kepercayaan kepada antum untuk membawa KARISMA ke arah puncak dakwah kampus!

Gambar boleh di lihat di >>SINI<<