Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 26, 2009

::Sedekad Mengukuh Tekad::PKN 09

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, satu lagi program utama KARISMA di peringkat nasional telah selamat di jalankan.
Perhimpunan Karisma Nasional atau PKN 09 telah berlangsung di Dewan Umar Al-Khattab, Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Damansara pada 25 hingga 26 Disember 2009.

Alhamdulillah, IIC telah menghantar seramai 4 orang Ikhwah (Idzuan, Muain, Syazman dan Aiman) dan 10 Akhawat ( Ikmal, Isma, Biha, Syuhada, Halimah, Ayu, Arifah, Hanaa, Ton, Nadzirah) sebagai pemerhati untuk PKN kali ini. Turut menyertai perjalanan Ikhwah Akhawat IIC adalah Ukh Damia yang merupakan Alumni, Ukt Izzati dari K-UNIMAS, Ukt Yatt dari K-UM dan ukt Atikah dari K-UIA serta Ukh Wan Haninah sebagai Alumni dan mas'ul IIC. Jazakallah atas komitmen.

PKN kali ini semsetinya membawa kelainan berbanding PKN yang lepas kerana pada tahun ini, PKN anjuran Karisma Nasional (KNL) dengan kerjasama Karisma Petaling Jaya adalah untuk meraikan ulang tahun KARISMA yang ke 10. Ini bermakna, sudah sedekad KARISMA bertapak di bumi Malaysia ini dengan membawa misi dan visi dakwah alam kampus.

Semenjak di lancarkan pada tahun 1999, KARISMA telah berjaya menjadi salah satu platform dakwah yang mebawa gerakan tarbiyyah khusus untuk para mahasiswa dan mahasisiwi di universiti-universiti seluruh Malaysia. Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat malah hingga ke bumi kenyalang, sejumlah 103 buah institusi tempatan telah mempunyai gerakan KARISMA.

Dengan bertemakan "Sedekad Mengukuh Tekad", sambutan ulang tahun KARISMA ke 10 telah di hidangkan dengan slot-slot yang menarik dan penuh berinformasi. Para perwakilan dan pemerhati di sajikan dengan slot talk bersama tokoh JIM, Ustaz Alias Osman. Kemudian turut di adakan slot-slot bersama mantan-mantan pemimpin KARISMA antaranya bersama mantan Presiden KARISMA pertama, Akh Fauwaz serta Kak Hamisah Manan yang telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di dalam barisan kepimpina KARISMA. Selain itu terdapat juga slot bersama Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) dan projek Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Turut diadakan forum bersama 2 mantan Presiden Karisma, Akh Wan Muhammad dan Akh Zubair yang mebincangkan “10 TAHUN KARISMA”.

Pada sebelah malamnya pula berlansung majlis perasmian PKN 09 oleh Tuan Presiden, Pakcik Zaid. Presiden KARISMA 09, Akh Abdullah Omar turut menyampaikan ucapan dasar PKN. ucapan dasar itu merangkumi pelbagai perkara antaranya pendaftaran KARISMA dalam ROS, FIDAK 2015, H1N1, baitul muslim dan banyak lagi. Selain itu turut di adakan perkongsian program Kasih Padang Karisma yang menayangkan video khas tentang ziarah ikhwah Karisma ke Padang selepas kejadian gempa bumi baru-baru ini. Selain itu, turut berlangsung majlis pelancaran buku terbaru hasil nukilan Kak Hamisah Manan( kak Misah) yang bertajuk "Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus". Alhamdulillah,mabruk buat kak Misah. semoga buku ini menjadi sumber inspirasi para du'at dan mad'u Karisma serta para penggerak dakwah di kampus!

PKN di teruskan pada pagi Sabtu dengan berlangsungnya persidangan KARISMA Nasional. Seramai lebih kurang 70 perwakilan dari 23 lokaliti (betul kan andai silap) telah mengambil tempat, di samping lebih 200 pemerhati setia memerhatikan dari belakang. Pelbagai isu telah di bahaskan oleh para perwakilan IPT dan daerah, kebanyakannya merujuk kepada teks ucapan dasar Presiden serta beberapa isu berbangkit.

Seterusnya menjelang petang, berlangsung perletakan jawatan pimpinan KNL serta perlantikan jawatankuasa baru yang bakal menerajui KARISMA utk tahun 2010. Akh Abdullah Omar sekali lagi diberi sepenuh kepercayaan memegang tampuk kepimpinan KARISMA untuk tahun ke 2. Selain beliau, muka-muka lama seperti Akh Khairul, Akh Abdullah Mujahid, Ukh Nihlah, Ukh Izanah, Ukt Idayu, Ukt Mashita, Ukt Hanaa, dan Ukh Nazihah kembali ke barisan kepimpinan. Antara lain yang di lantik adalah Akh Auzan dan Akh Al-Amin serta muka-muka baru yang lain. InsyaAllah kelak senarai penuh barisan kepimpinan KNL akan di keluarkan.

Tahniah buat KNL dan Karisma Petaling Jaya atas anjuran PKN 09 dan Sambutan Ulang Tahun k2 10 Karisma!
Tahniah buat Karisma UITM Shah Alam yang menjadi Karisma IPT terbaik!
Tahniah buat Karisma daerah Petaling yang menjadi Karisma Daerah terbaik!
Tahniah buat para perwakilan dan pemerhati yang berjaya memberi komitmen terbaik!
Dan Tahniah serta takziah buat barisan kepimpinan KNL atas kepercayaan kepada antum untuk membawa KARISMA ke arah puncak dakwah kampus!

Gambar boleh di lihat di >>SINI<<

Sunday, August 30, 2009

Tak Kenal Kerna Tak Cinta, Pabila Dah Kenal Pasti Cinta



Bagaikan menanti tetamu istimewa datang ke rumah, segala persiapan yang lebih dari biasa juga akan kita lakukan. Tidak cukup dengan hanya mengemas rumah bahkan membeli perhiasan baru atau membuang habuk-habuk pada siling yang sebelum ini tidak pernah dibuang. Semua ini dilakukan hanya untuk menyambut tetamu istimewa itu. Apatah lagi apabila tetamu istimewa itu telah tiba. Pasti kita akan melayaninya dengan lebih istimewa.

Begitu juga dengan Ramadan. Sepatutnya, ketibaan bulan yang sering kita sebut sebagai tetamu istimewa ini disambut dengan lebih luar biasa, lebih istimewa. Namun, persiapannya berbeza dari perspektif ibadah, tarbiyah. Jika sebelum ini Al-Quran bukanlah setiap hari dibaca disebabkan kesibukan, persiapan menyambut Ramadan membuatkan kita lebih berusaha untuk bukan sahaja membaca malahan mentadabbur Al-Quran setiap hari. Jika sebelum ini jarang sekali untuk kita bersedekah, sekarang bersedekah menjadi antara amalan utama.Dan begitu juga dengan amalan-amalan lain supaya amalan-amalan ini akan terus konsisten dan semakin bertambah ketika Ramadan tiba.

Namun begitu, jika difikirkan kembali, persiapan-persiapan yang dilakukan seperti situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan jika kita mengenali dan mencintai tetamu itu. Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali Ramadan yang menyebabkan Ramadan mampu menjadi ‘booster’ bertambahnya amalan, meningkatnya takwa.

Adakah kita benar-benar mengenali Ramadan atau kita hanya mengatahui tanpa menghayatinya?

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk itu dan dan membezakan antara yang benar dan salah….” Surah Al-Baqarah:185

Inilah antara istimewanya Ramadan. Bulan di mana manual-manual perjalanan kita semasa di dunia untuk kembali ke rumah asal kita di syurga diturunkan. Bukan itu sahaja, kitab Injil, Taurat dan Zabur juga diturunkan pada bulan ini. Terbukti kasih Allah kepada hambanya kerana Dia tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari sendiri jalan yang penuh dengan persimpangan. Persoalan pokoknya, adakah kita benar-benar mengikut manual yang ditunjukkan Al-Quran?

Bulan Ramadan ini jugalah di mana kasih Allah pada hambanya mencurah-curah dengan pelbagai anugerah. Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, syaitan dirantai, pahala amalan berganda-ganda. Bulan ini juga membuktikan betapa cintanya junjungan nabi Muhammad S.A.W kepada kita, umatnya yang tidak pernah kita temui.

Buktinya, adanya Lailatul Qadar.

Rasulullah S.A.W pernah mengadu kepada Allah bahawa umatnya mempunyai jangka umur yang pendek jika dibandingkan dengan umat yang terdahulu. Baginda mengadu lagi bagaimana ibadah umatnya dapat menandingi ibadah umat-umat yang terdahulu di mana jangka hayatnya lebih panjang. Kemudian, dikurniakan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad yang lebih baik dari seribu bulan.

Banyak lagi peristiwa-peristiwa hebat dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah:

1. Perang Badar Al-Kubra terjadi
2. Peristiwa Fathul Makkah
3. Perjalanan Nabi Muhammad dan Muslimin ke Tabuk melawan Rom
4. Islam sampai ke Yaman
5. Khalid Al-Walid meruntuhkan berhala Al-Uzza
6. Penyerahandiri penduduk Taif kepada Rasulullah
7. Pembukaan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq Ziyad
8. Tentera Islam pimpinan SultanQutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut

Pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’ terbukti di sini. Apakah erti Ramadan bagi kita? Adakah ia sama sahaja dengan bulan-bulan lain? Atau benarkah ungkapan ‘kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi’ benar-benar tersemat dalam diri?

Semoga kita semua termasuk dalam golongan manusia yang beroleh keuntungan hasil dari kehebatan Ramadan ini.

Selamat menjalani ibadah RAMADAN.

Oleh:
Abdul Kadir Ibrahim
TPSM JDB


Sumber: JIM Daerah Batu


Undangan Iftar KBM KL


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kepada: semua fasilitator dan pengendali dari team KBM KL


[Klik gambar untuk image lebih jelas]

Amalan Sedeqah di Bulan Ramadhan




Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Hasyr: 9

“…Mereka mengutamakan orang lain meskipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Amalan sedekah di bulan Ramadhan amat dituntut dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah S.W.T. Amalan sedekah boleh dilakukan dengan menjamu orang berbuka puasa , memberi makanan untuk bersahur dan sebagainya. Kita juga boleh bersedekah dengan wang ringgit dan harta-benda kepada mereka yang memerlukan dan ini akan meringankan beban mereka di bulan Ramadhan ini.

Islam menganjurkan umatnya hidup tolong-menolong dan bantu-membantu terutama kepada mereka yang lemah, daif atau susah seperti berikut:

1. Mereka yang kehilangan tempat bergantung saperti anak yatim, janda-janda atau ibu tunggal, fakir miskin dan sebagainya;

2. Mereka yang hilang upaya kerja akibat dari kesihatan dan kecacatan diri samada takdir kelahiran (insan istimewa) atau kemalangan. Mereka mungkin memerlukanpembedaha n, peralatan bantu diri atau pembiayaian kos perubatan serta nafkah hidup;

3. Untuk membina pusat pengajian, madrasah, masjid, rumah anak yatim, janda, fakir miskin dan sebagainya;

4. Mereka yang ditimpa musibah saperti kebakaran, kemalangan, bencana alam dan sebagainya.

Bulan Ramadhan memberi kita banyak peluang untuk bersedekah dan berderma. Seterusnya, ia memberi peluang kita menjadi seorang yang pemurah dan berakhlak mulia. Semoga kita semua mengambil menafaat dan pengajaran dari bulan Ramadhan yang mulia ini.

Allahu’alam.

Oleh:
Faiz Abdullah
PSU JDB



Sumber: JIM Daerah Batu

Tuesday, August 25, 2009

Majlis Berbuka Puasa JIM Daerah Batu




Assalamualaikum

Salam Ramadhan Kareem

Saya bagi pihak JK JIM
Daerah batu dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan/Sdra/Sdri dan Keluarga
ke

Majlis Berbuka Puasa JIM Daerah Batu

pada hari

Ahad
16 Ramadhan 1430H
6 September 2009


bertempat di

Sekolah Al-Amin Gombak

Majlis bermula jam 6.30 petang dengan Tazkirah Ramadhan,
seterusnya berbuka puasa, solat Maghrib, makan malam, solat Isyak, dan berakhir
dengan solat tarawih.

Sama-samalah kita meraikan majlis ini.

Wassalam.

Hj. Omar Ismail
YDJ JIM BATU 2007-2009



Mari Berinfak di Bulan Ramadhan!!!

Majlis Berbuka Puasa Hidayah Center






Rayuan Ramadhan



Mari beramai-ramai menyumbang untuk saudara-saudara kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini!!!

Wednesday, August 19, 2009

Remembrance of al-Quds!!!




AYUH SEMUA!!!

warnakan lokaliti anda dengan warna hitam
bersama-sama kita memakai pakaian

HITAM

pada

21 Ogos 2009

bersempena

HARI AL-QUDS SEDUNIA

Sebagai tanda bantahan kita terhadap

60 TAHUN

penderitaan ummat palestin


TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!!




Hari al Aqsa 21 Ogos 1969

(Remembrance of al-Quds)

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek.
Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.

Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.


Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
Menjelang 21 Ogos 2009

Tuesday, July 28, 2009

KGN '09 [Part I]

Alhamdulillah, pada 25 hingga 26 Julai 2009 yang lalu ana berkesempatan menghadiri Konvensyen Graduan Nasional 2009 (KGN '09) yang bertempat di Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa. Biarpun ana merupakan satu-satunya wakil dari IIC, ia tidak menjadi halangan atau masalah buat diri ana (KBM KnL tahun lepas pun ana jadi wakil tunggal IIC).

Memulakan perjalanan seorang diri seawal jam 7 pagi dari Bandar Anggerik dengan bas Rapid KL, ana dikejutkan dengan satu insiden di Stesen Bas Klang (bersebelahan Stesen LRT Pasar Seni). Melihatkan kelibat ramai anggota polis berpakaian seragam dan tagline kuning tertera "FORENSIK", hati ana tertanya-tanya. Menyedari masa kian suntuk (pendaftaran bermula jam 8.30 pagi sedang ketika itu waktu telah menunjukkan jam 8.15 pagi) ana bergegas menuju ke eskelator. Setelah membeli tiket ke Setiawangsa, ana tergerak hati untuk melihat ke bawah... dan... astaghfirullahal 'azim... ana melihat seorang lelaki berlumuran darah di celah-celah gerai Stesen Bas Klang. Tak sanggup mata ini untuk berlama-lama memandang, lantas ana segera mengatur langkah menuju ke platform.

Jam 8.45 pagi, ana selamat tiba di perkarangan Masjid Mua'adz bin Jabal. Dalam mencari-cari tempat program berlangsung, ana bertemu dengan seorang akhwat yang tidak ana kenali. Setelah bertegur sapa, kami bersama-sama menuju je dewan utama di tingkat bawah. Kedatangan kami disambut oleh Kak Mus dan para urusetia KGN '09. Usai sesi pendaftaran, ana melangkah ke dalam dewan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Akh Dhany dimulakan tepat jam 9.38 pagi. Akh Amirul sebagai Pengarah KGN '09 mengalu-alukan kehadiran para peserta dan menerangkan objektif program. Seterusnya Dr. Zainudin Abdullah selaku Pengerusi JIM IPT telah memberikan ucapan sebelum Hj. Zaid Kamarudin yang merupakan Presiden JIM menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan KGN '09 dengan tema 'Thabat Berjuang Menempuh Cabaran'.

Friday, July 24, 2009

Masih Ada Yang Sayang...

Hati seorang ibu benar-benar terluka. Petang itu tatkala dalam perjalanan pulang dari kerja, pihak sekolah menghubunginya meminta agar dia segera datang bertemu pengetua sekolah anak lelakinya. Sudahlah seluruh tubuh keletihan gara-gara bebanan kerja seharian, kini ditambah pula dengan khabaran salah laku anaknya si dekolah.

"Puan, anak puan terpaksa kami gantung pesekolahannya selama seminggu atas beberapa kesalahan disiplin. Namun seandainya anak puan masih mengulangi kesalahan yang sama atau melanggar mana-mana peraturan sekolah yang lain, pihak kami terpaksa menyingkirkan anak puan dari sekolah ini." Kata-kata tuan pengetua itu kedengaran umpama letupan bom atom di bumi Hiroshima dan Nagasaki, begitu memeranjatkan hati si ibu. Perlahan, menitis air mata seorang ibu. Tangan si anak diraih dan digenggam kejap. Wajah si anak dipandang sayu.

"Along, sejujurnya ibu amat sedih atas apa yang telah Alog buat biarpun ibu dan ayah telah berusaha memberikan didikan yang terbaik buat Along. Tapi walau apa pun, ibu nak Along tahu bahawa hukuman yang Along terima ini besar maknanya. Along amat bertuah kerana di waktu Along melakukan kesilapan dan kesalahan, masih ada orang yang sudi menegur, menasihati dan memarahi Along. Itulah tandanya MASIH ADA YANG SAYANG dan ingin membantu Along untuk berubah." Air mata si ibu gugur lagi. Kepala anak lelakinya diusap perlahan lantas bibir mulia si ibu mengucup lembut ubun-ubun si anak.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi, andai kita perhatikan kisah di atas pasti ada di antara kita pernah melalui situasi yang seakan-akan sama. Dalam kehidupan kita ini adakalanya kita tidak sedar terdapat banyak tanda-tanda Allah masih sayangkan kita. Tatkala kita tersasar dari jalan-Nya, Dia titipkan seseorang untuk menarik kita agar tidak tersasar lebih jauh. Begitu juga andai Dia titipkan ujian demi ujian untuk kita, itulah tanda kasih sayang-Nya. Itulah tandanya Dia masih memandang kita. Cuba bayangkan jika Dia sudah tidak mahu memandang kita? Sudah pastilah kita akan dibiarkan terleka dan lalai dengan godaan dan pesona dunia...


** Teringat sebaris lirik dari lagu kumpulan nasyid Mestica, "...aku tahu inilah kasih-Mu, aku tahu inilah cinta-Mu..." **

Sunday, July 19, 2009

KGN 09

Program:
KONVENSYEN GRADUAN NASIONAL 2009
(KGN 2009)

Tarikh (masa):
25 Julai 2009 (8.30pg) - 26 Julai 2009 (3.30ptg)

Tempat:
Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa, KL

Sasaran Peserta:
i- Graduan IPT dalam dan luar negara dalam tempoh 3 tahun terdahulu
ii- PELAJAR TAHUN AKHIR DI IPT DALAM DAN LUAR NEGARA
iii- Pernah atau masih mengikuti sistem pentarbiyahan JIM
Yuran:
RM 30

Penganjur:
JIM IPT Pusat, dengan kerjasama JIM IPT Selangor

Objektif Program:

1- memberikan pendedahan mengenai raliti dan cabaran hidup selepas alam kampus.
2- perkongsian pengalaman dari aktivis JIM di dalam menghadapi cabaran kehidupan.
3- memberi pengenalan terhadap gerak kerja dakwah JIM di Malaysia dan bagaimana para belia mampu turut sama menyumbang dalam visi perlaksanaan syarian 2020
4- memupuk silaturrahim serta mewujudkan rangkaian ukhuwah diantara para peserta dengan mereka di dalam aktivisme JIM.

Utk mendaftar, hubungi Sdr Khairul Fadhli di jundullah85@gmail.comatau 0133554342 / 0125726557, dan nyatakan maklumat berikut:

Nama
IC
Tempat tinggal (sekarang)
Hp
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2009



Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!



(Istimewa buat insan-insan yang bergelar guru)


Guru Oh Guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang


TERIMA KASIH

SYUKRAN JAZILAN

BARAKALLAH 'ALAYKUM


KY: pertama kali menyambut hari guru sebagai seorang guru...

Perancang Terbaik


Salam perjuangan buat semua ikhwah dan akhwat yang berziarah ke teratak K-IIC ini. Moga hari-hari yang dilalui antum bertambah baik dari yang sebelumnya dan antum sendiri kian menyerlah jauh dari yang biasa!

Ikhwah dan akhwat yang dihormati...
Sedarkah kita bahawa setiap saat dalam kehidupan kita ini adalah ujian? Ujian dan kehidupan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia, dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi sekalian...
Ana ingin membawakan satu kisah dari beberapa kisah dalam buku "U-TURN Ke Jalan Lurus" tulisan Ustaz Zul Ramli M.Razali, terbitan Galeri Ilmu.

Kisah ini mengenai seorang pemecah batu yang menghabiskan waktu siangnya memecah batu-batu pejal di sebuah bukit. Seluruh tubuhnya bermandi keringat disulami omelan dan dengusan kecil. Di bawah terik sang mentari, dia melihat kepada sang mentari sambil tangannya memegang penukul besi. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Alangkah baiknya kalau aku diciptakan sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka." Dia terus memandang sang mentari dengan penuh kagum.

Sedang dia asyik berfikir tiba-tiba suasana mejadi redup. Dia mendongak dan melihat ada gumpalan awan besar sedang menutupi matahari. "Wah, awan lebih hebat rupanya! Ia boleh mengatasi terik cahaya matahari." Dia mula berfikir betapa malang nasib dirinya dan betapa bertuahnya awan. Matanya leka mengekori awan yang berarak megah. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan pecah bila membelah bukit tinggi. "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia boleh memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. "Malangnya nasib diriku dan alangkah baik andai aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari." omelnya sendiri.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini. Mukanya bercahaya dan matanya berkaca-kaca. Rupa-rupanya bukit yang tersergam gagah ini tewas kepada seorang pemecah batu. "Dan pemecah batu itu ialah aku!" Dan penuh bertenaga, dia melaungkan, "Aku sebenarnya yang lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu besyukur atas apa yang telah dicipakan Allah untukku." Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan rasa syukur.



Ikhwah akwat yang dimuliakan...
Mungkin dalam melalui kehidupan seharian, kita sering mempersoalkan mengapa kita diletakkan dalam situasi yang merumitkan. Jika kita seorang ketua di tempat kerja, tatkala diuji dengan karenah orang bawahan yang membuatkan hati membara mungkin pernah terlintas persoalan, "Mengapa aku kena berhadapan dengan orang-orang macam ni? Buat sakit kepala dan hati je!" Namun, jika kita perhatikan rahsia di sebalik perancangan Allah itu begitu indah! Sebenarnya Allah sedang melatih kita untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak mengawal segalanya termasuk emosi dan psikologi. Ini juga latihan Allah untuk menjadikan kita seorang da'ie yang hebat. Bukankah tugas sebagai da'ie itu jauh lebih mencabar dari menjadi seorang ketua di tempat kerja? Inilah latihan dan persediaan awal yang diberikan Allah untuk kita sebelum kita menghadapi situasi yang lebih berat dan besar. Dan inilah juga peluang dan kesempatan untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang da'ie dan mengaplikasikan segala teori dalam dakwah fardiah. Betapa bijaknya Dia bukan?



Sedarkah kita bahawa dalam diberikan ujian, Allah juga sedang melatih hati kita untuk mejadi lebih sabar dan kuat. Sebagai ketua atau pemimpin bahkan setiap orang pastinya tidak dapat memuaskan setiap hati orang lain. Apatah lagi sebagai orang yang berada di atas, kita tidak dapat lari dari kritikan, kejian malah umpatan. Pujuklah hati agar bersabar. Berlapang dadalah dan ambil setiap kritikan dan teguran itu sebagai satu perkara yang positif. Janganlah cepat melatah. Ambillah resam pokok yang berbuah lebat. Biarpun dibaling dengan batu, namun tetap dibalas dengan buah. Nah, Allah sedang memberi peluang seluas-luasnya untuk kita merebut pahala sabar! Apa lagi yang kita tunggu? Rebutlah!!!

Rahsia di sebalik perancangan Allah ini juga sama bagi mereka yang sering mengeluh tatkala diri berada dalam sebuah keluarga yang punya konflik berat, ataupun bagi mereka yang berada dalam sebuah keluarga yang tiada tarbiyyah atau tiada kefahaman Islam yang baik. Usah mengeluh dan berdukacita. Ingatlah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Fahamilah dengan hati rahsia di sebalik setiap perancanganNya, kelak hati akan merasa bahagia..



"Bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran..."
[al-Ma'arij:5]



Hati ialah tempat letaknya kefahaman. Andai akal memahami tetapi kefahaman itu tidak meresap ke dalam hati, pastinya ia tidak akan terlahir melalui tingkah. Bukankah hati itu raja di kerajaan diri? Fikir-fikirkanlah...

KY: Indahnya hidup andai hati memahami setiap rahsia di sebalik perancangan Allah... Dialah sebaik-baik perancang...


Friday, March 20, 2009

..::Dia dAtaNG laGi!::..


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,
maka bertawakkal-lah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakkal kepada-Nya
::Ali-Imran;159::


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh...

Salam buat semua rakan-rakan seperjuangan di IIC..
apa khabar iman kita hari ini.......
bagaimana kesempurnaan isLam kita hAri ini...
sudaHkan wujUd ihsan yang hakiki di dalam diri..??

Semoga kalian sentiasa di bawah lindungan yang Maha Pelindung..

Final Exam is here!!!again!!..hmm..'khabar gembira' buat semua..hihi..menunjukkan tanda nikmat Allah yang masih memberi kita peluang untuk terus maju dan mterus berusaha demi kejayaan..bukan begitu?
Alhamdulillah..

klik untuk imej lebih besar..jelas..terang dan nyata...


Di kesempatan ini...(ayat skemaa....)..Alang bagi pihak pimpinan dan ahli Karisma IIC..
wish all the best for all IIC students...who will be taking a final semester exam for this semester..
Which will be start a day after tomorrow..Monday 23rd March until 4th April 2009..

Good Luck to you all!!After almost 4 months striving with all classes..assignments..quizzes..mid term exam...and now..its the moment where we will going to pour it all out in the final exam..



Excited??

Istiqamah dalam usaha..namun jangan biarkan emosi menguasai..jaga kesihatan antum supaya tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku..Demam lah..sakit perut lah..pening lah..sakit kaki lah..sakit tangan lah...
Don't make yourself hurt that make you have to take the special exam...you know how hard it is..hihi..
Most important..do not push yourself too hard..Istiqamah..dan tawakal..insya Allah segalanya aturan-Nya yang terbaik mengiringimu..

hehe..I wish for nothing except the success future and results for all..
Bersama kita berjuang..
Bersama kita berjihad...
Bersama kita berjaya..

Succesfull Indeed Are The Believers; Who Are Humble In Their Prayer...
Jangan Di renung Letihnya Usaha...Tetapi Renunglah Manisnya Sebuah Kejayaan..
.


Bittaufiq Wannajah Fil Imtiiham!!!!

Sunday, February 22, 2009

::MuzaKaraH IPT NasiOnal::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam kasih salam sayang buat semua sahabat perjuangan..

Pada hari Sabtu dan Ahad, 21 Feb dan 22 Feb 2009 lepas, satu lagi program besar anjuran Karisma Nasional telah berlansung. Muzakarah IPT Nasional telah di jalankan di Auditorium B, Enginnering Faculty, IIUM. Seramai lebih kurang 120 peserta yang terdiri dari ameer..ameerah..jk-tpsm..jk-dana..jk-media..bendahari serta s/u dari Karisma IPT seluruh Malaysia telah menghadiri program tahunan ini.
Karisma IIC telah di wakili oleh 2 orang iaitu Akh Arif (Ameer) dan Ukhti Nasyitah (Ameerah) utk MIN kali ini. Alang turut berada di sana sebagai JK Tugas Khas di bawah K-Fasi

OBJEKTIF MIN 2009:
1. Perkongsian Perancangan Strategik Karisma Nasional 2009 di peringkat Nasional dan pengoperasiannya di Peringkat Karisma Negeri, Daerah mahupun IPT.
2. Memperkukuhkan organisasi peringkat lokaliti untuk merealisasikan Rancangan FIDAK 1
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pimpinan Karisma seluruh Malaysia.

Selain perkongsian SP kepada KARISMA negeri, daerah dan IPT Malaysia, MIN kali ini turut menjalankan slot KICK atau Kursus Induksi Cemerlang Kepimpinan anjuran K-Fasi di bawah kelolaan Ukhti Asmaa'. Tujuan KICK adalah sbg salah satu pihak yang akan menjalankan kursus bagi meningkatkan prestasi kepimpinan serta melahirkan qiyadah yang mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W.
Di mulakan dgn slot pengisian oleh Pakcik Roslan yang bertajuk "Melahirkan Qiyadah Mencontohi Kepimpinan Rasulullah S.A.W" dengan penjelasan mengenai keperibadian Baginda sepanjang 23thn pendakwahannya yang dpt di buktikan melalui Al-Quran serta berkisar sejarah2 yang berlaku ketika 23 thn tersebut.

KICK seterusnya di lanjutkan dgn perbincangan mendalami jobscope setiap takrifan dlm KARISMA negeri/daerah/ipt serta pembentangan.
(Alang tiada sewaktu pembentangan, mungkin ada pihak lain dpt memeberi info mengenai pembentangan)

Dalam KICK juga turut Kak Asmaa' selitkan mengenai KARISMA Fasilitator or K-Fasi yang telah di "hidupkan" kembali. Atas usaha sama, K-Fasi telah di anggotai oleh 5 orang iaitu
~Akh Hafiz (K-JAD)
~Akh Haziq(K-JAD)
~Ukhti Nasyitah (K-IIC)
~Ukhti Atikah (K-IIC)
~Ukhti Damia (K...bekerja dgn KRJ Motivation)
5 orang ini akan bertanggungjwb utk memantau ahli Karisma setiap negeri yang terlibat dlm pelbagai program yang memerlukan fasilitator, khusunya KBM. Sedia maklum terdapat beberapa buah negeri telah mempunyai team KBM negeri sendiri seperti Johor, KL, Penang, Melaka. Jadi K-Fasi akan bertindak utk memantau aktivisme ahli yang menjadi fasi supaya program tidak bertembung dgn program tarbiyyah serta melancarakan pergerakan tarbiyyah bagi setiap ahli di lokaliti yang di tetapkan. Negeri2 lain yang tidak mempunyai team tapi pernah mengadakan KBM turut di pantau seperti Sarawak, Terengganu dan Selangor.

MIN berakhir dgn harapan perancangan yang telah di bincangkan semoga berjaya di laksanakan dgn kerjasama KnL serta setiap KARISMA negeri/daerah/ipt.

Sekian
Wallahualam

MAHASISWA DU'AT TERAS KEPIMPINAN
FIKRAH ISLAM DOMINAN ALAM KAMPUS 2015

Friday, February 20, 2009

::Si penDAKWAH mAnja!::

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sahabat2 seagama..sefikrah sekalian..semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T..post ini turut Alang muatkan dlm blog Alang..feel free to read..

Suka utk Alang kongsikan di post kali ni..khas buat sekelian sahabat..yang bergelar da'ie..mad'u..ataupun yang seangkatan dengannya..sebuah peringatan tentang tabiat..yang kadang2 kita terlepas pandang telah menjadi "sifat" kita..sifat yang tidak seharusnya di miliki oleh insan2 yang Alang sebutkan tadi...jadikan ia sebagai muhasabah dan renungan buat diri kita yang berjuang di medan dakwah ini...insya Allah..

Bismillah...

Pencerahan bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti- yang senang dan mudah, join. Yang penat, bersusah payah, elak.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon ikhwah akhawat sebagai pendamping hidup.

Bukan yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman sefikrah bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Dakwah bukan utk yang cepat mengalah, yang meletakkan usrah, qiamullail, daurah, dan yang seangkatan dengannya dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Tarbiyyah bukan utk yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.

Bukan utk yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da'wah bukan utk yang tak boleh tidur berhimpit2, kongsi toilet atau makan sedulang.

Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kereta besar dan mewah, yang ada air-cond, dan laju. Yang tak rela,malas naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information.

Da'wah bukan bermusim.Masa2 perjuangan hebat, ghairah ke daurah, liqa' dll. Bila tempoh agak 'senyap', diri turut malap.

Tarbiyyah bukan utk yang mengharapkan pergantungan, merajuk bila kononnya 'di abaikan' tapi usaha mencari dari diri sendiri, kosong.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, apabila kerja nak di beri..mulalah beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, takde transport, banyak kerja, assignment, presentation, nak balik kampung, keluarga tak bagi keluar dan sebagainya.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Tanpa kita, yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa da’wah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti. Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Da’wah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita. Berbahagialah seadanya, itupun jika kita dapat merasai kebahagiaan itu..

Sebahagiannya adalah yang Alang lihat dengan mata kepala sendiri..sifat2 yang ada dlm diri da'ie mahupun mad'u..sedih bila manja begini..

Fikir-fikirkanlah wahai hati-hati yang di tarbiyah..


Ya Muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala deenik..
wa 'ala tho'atik.. wa 'ala jihadi fi sabilik..
Amin Ya Robb..

Tuesday, February 10, 2009

::Daurah Ansar Bulanan::sharing1::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh..

Alhamdulillah..utk kali ke2..Akhawat2 IIC telah menghadiri Daurah Ansar yang di kendalikan di surau Al-Ansar, Keramat. Daurah ini akan berlansung setiap bulan dan azam Alang..utk 2009 ini..KARISMA IIC tidak akan terlepas utk menghadiri daurah ini setiap bulan...kan?

Akhawat IIC telah bertolak ke Keramat sekitar jam 12tgh mlm selepas selesai Konsert PIOH III di IIC..dengan 3 kenderaan..
Alang~Anjang~Najihah~Adik~Angah~Ihsan~Zainab~Uda~Ayu~Biha~Ucu~Andak~Kak Yong~Isma~Faridah

Program bermula Maghrib 7 Feb o9..tapi kami hanya sempat bermula Qiamullail jam 4.30 pagi sehingga Ahad tgh hari..

Dalam pengisian yang sempat kami ikuti..Disampaikan oleh seorang Akh berasal dari Indonesia..pada hemat Alang mungkin beliau sedang menuntut di UIA Gombak.
Dengan pengisian bertajuk Dakwah Fardiyyah..beliau telah berkongsi tentang Tips2 Menjalankan Dakwah Fardiyyah.

Dalam menjalankan dakwah...Dakwah Fardiyyah merupakan method yang perlu bagi memastikan perjalanan dakwah berjalan dgn berkesan..
Dakwah Fardiyyah seharusnya di jalankan dengan berlandaskan kematangan kita sendiri dalam memahami ajaran Islam..Kemampuan kita memahani latar belakang serat cara berfikir objek dakwah..dan di iringi doa dan kesabaran..ini kerana beliau menegaskan..Kunci sebuah dakwah adalah SaBAR...

Antara tips DF yang beliau kongsikan..

1. Berupaya membina hubungan serta kenal pasti setiap orang yang di dakwah.
Ini lebih dalam membina hubungan yang baik, dalam proses memperoleh kepercayaan dari bakal mad'u. Dalam proses ini, kita hendaklah bijak dalam menarik perhatian bakal mad'u..bijak mencari peluang supaya bakal mad'u itu terbuka hati utk menerima perbincangan dgn kita.
Selain itu, perlu di ingatkan, mad'u perlulah mengenal pasti siapa gerangan orang yang cuba mendekatinya..Ajaklah makan bersama...atau jogging ke..supaya hubungan itu terbina..memudahkan kita lebih mendekati serta mendakwahkan...

2. Membangkitkan iman yang ingin memasuki jiwa
Taktik dalam proses ini, kita perlu menjadi kreatif. Ciptakan satu kejadian or moment seperti tak sengaja yang boleh menimbulkan pertanyaan dlm diri mad'u tentang kejadian itu..
Sebagai contoh, memakai seluar panjang ketika bermain bola. Mungkin ada yang tak pernah lihat, jadi timbul pertanyaan dari dia, oleh itu kita grab peluang itu berbincang secara rasional dan mudah utk mendapat sambutan.

3. Bantu baiki dirinya-kenalkan kpd perkara2 yang berkaitan ketaatan pd Allah serta ibadah.
Maksud di sini, kemungkinan setelah bebrapa perbincangan, si mad'u mula tertarik dan mula meminta pertolongan. Saat ini, kita sudah berada di tahap yang baik dlm menarik mad'u dlm dakwah. Mulakan dgn menyediakan bahan bacaan yg sederhana dgn pemahamannya. Serta, kenalkan dia dgn kelompok atau lingkungan komunikasi masyarakat yang soleh. Yang sentiasa berbincang mengenai permasalahan agama, environment soleh supaya tertanam tarikan dlm dirinya...

Okay..Alang rasa thats all for now..ada 7 semuanya..tapi Alang akan share lagi next time..
amacam??tunggu yaa......^_^

semoga dakwah kita berterusan sehingga terbina fikrah yang mendominasi masyarakat...
insya Allah....

Ilal Liqa~

Monday, February 9, 2009

::KeMuncAk PalesTine In oUr HeaRt 3::


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh...

Alhamdulillah...syukur sgt2 kerana utk kali ke tiga..IIC telah berjaya mengadakan program tahunan.. Palestine In Our Heart III..dengan kelainan pada tahun ini..tidak di jalankan ketika bulan "Nakbah" tapi sebaliknya ketika kini..semangat juang Palestine sedang membuak2 dek serangan kejam Zionis yg bertalu..dan kelainan kali ini..PIOH III telah berlansung selama sebulan bermula 1 Januari 2009 dan berakhir pada 7 Februari 2009.

Kemuncak pada program ini adalah Konsert PIOH III yang telah berlansung di Main Hall IIC pada 7 Feb 2009. Seramai 9 artis telah di jemput utk program kali ini.

Majlis bermula dgn tayangan video Palestine serta video Merah Saga. Kemudia di susuli oleh persembahan gimik oleh komiti2 PIOH III. .kemudian program telah di kendalikan dengan meriahnya oleh Bro Suffian (Saujana) dgn kerjasama Ruby, setiausaha program..
Kumpulan Varian telah menjadi arits pertama membuat persembahan dgn menyampaikan 2 buah lagu. Persembahan seterusnya di susuli oleh Algebra dgn persembahan Daerah Ini dan Aku Rela..(best3..hihi..)..Adik Rozaimi (Bintang Kecil)..The Wans..Stellar..kumpulan nasyid yang di bintangi oleh Manager STADD, Sir Fazil sndiri iaitu All One dgn persembahan lagu popular..Bilal Bin Rabah..Ezad Lazim (x-Exists) dan di akhiri oleh Nazrey Johani..muzik di sediakan oleh Layar Seni RTM serta Nasyid.com...wah..gempak2..

Kutipan derma turut di jalankan sepanjang program di mana tabung2 telah di letakkan di gerai komiti PIOH serta edaran tabung di kalangan penonton di dalam dewan..(jumlah kutipan masih belum di sahkan..)

Konsert pada kali ini telah mendapat liputan dari pihak RTM dan TV3..haa..sape yang sempat bangun pagi hari Isnin (hari ni..9 Feb 09) sempat lah tgk muka sapa kene interview di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI)..hihi..

Di luar dewan turut di sediakan jualan makanan..mafla..air serta CD2 artis seperti ALgebra..gerai lain jual roti..produk HPA..baju Freedom For Palestine..meriah..memang meriah..huhu..

Alhamdulillah..perjalanan program berlansung dgn jayanya..dgn kehadiran DCEO, Sir Norhafizan..Lecturer yang Alang nmpk..Sir Najmi dan anak2..serta Mdm Nurul Iman..kalian lah penyokong kami..terima kasih banyak2..

Kepada barisan komiti...
Fauzi, Ismadi, Arif, Hafiz, Syafiq, Muzammir, Mail, Nasyitah, Fadh, Ruby, Nabil, anak2 komiti masing2..hehe..komiti gerai dan pameran..Syahirah, Isma, Sabarina, Radziah, Wafa, Shazman, Aiman, Anhar, Haziq, Kak Yong...dan lain Alang tak dpt sebutkan..
serta mereka2 yang telah membantu menjayakan program secara langsung atau tidak....

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!!!...

Semoga usaha kalian di redhai atas jalan jihad kita bersama...
Serta teruskan usaha kalian dlm medan dakwah di bumi IIC sehingga fikrah islamiyah bisa mendominasi perjalanan ilmu di IIC..
Insya Allah..

Alang takde gambar..too busy that nite terkejar sana sini..(tak bawak kemera pun...)..sapa2 ada gambar..boleh lah hulurkan sumbangan ye...hihi...

Next post : Daurah Ansar bulanan

Tuesday, February 3, 2009

Konsert Palestine In Our Heart III




Jom datang beramai-ramai!!!

Masuk adalah percuma!!!

Artis jemputan:

Nazrey Johani, All One, Varian, Stellar, Thewans, Razin Mestica, Algebra, Along Zaimi (Bintang Kecil), Hanimzah Jalaludin (AQ), & Ezad Lazim

Tarikh:
7hb Februari 2009

Masa:
8.00 - 11.00 malam

Tempat:
Kolej Islam Antarabangsa (IIC)
-berhadapan Taman Koperasi Polis-


Jom pakat datang beramai-ramai sambil menderma untuk Palestin!!!



Pelan Lokasi:



View Larger Map

Sunday, January 11, 2009

Catatan PIOH III



12 Januari 2009

Alhamdulillah, hari ini bahan-bahan untuk exhibition telah bertambah. Malah atas usaha jawatankuasa PIOH, kami telah mereka monumen jenazah anak-anak Palestin untuk menarik perhatian warga IIC terhadap isu Palestin. Banting-banting juga telah turut dipamerkan malah beberapa bahan pameran turut bertambah hasil sumbangan K-UKM KL. Syukran jazilan atas bantuan antum. Barakallahu 'alaykum... Moga Allah membalas jasa antum... insyaallah...



Monumen jenazah kanak-kanak Palestin menarik perhatian warga IIC



Bendera Palestin



Artikel-artikel perkembangan di Palestin



13 Januari 2009

Alhamdulillah, hari ini Kak Yong serta ikhwah wa akhwat di IIC masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di muka bumi milik Allah ini. Biarpun dihambat dengan kesibukan yang teramat, syukur Kak Yong masih lagi mampu menggagahkan diri membantu adik-adik ikhwah dan akhwat meneruskan kempen PIOH III di bahagian stall dan exhibition. Biarpun terasa badan sudah tidak mampu untuk bertahan, Kak Yong pujuk diri untuk turut menyumbang tenaga. Biarlah andai Kak Yong terpaksa menjaga stall dan exhibition dengan laptop di atas riba semata-mata ingin menyiapkan assignment. Biarlah, asalkan Kak Yong dapat menyumbang sesuatu buat saudara-saudara Kak Yong di bumi Palestin sana.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keempat stall dan exhibition berlangsung di IIC sempena PIOH III. Alhamdulillah, sambutan dari warga IIC sangat menggalakkan. Jualan juga turut memberangsangkan. Apa yang menarik hati Kak Yong adalah kreativiti adik-adik ikhwah yang memberi peluang kepada warga IIC untuk bermain satu permainan iaitu baling dart! Gambar pemimpin Israel dan Bush adalah antara gambar-gambar yang dilekatkan di papan dart. Permainan ini menarik minat warga IIC khususnya dari golongan brothers. Selain itu, beberapa bendera Israel turut dilekatkan di lantai di ruangan lobi yang mana bendera-bendera ini menjadi mangsa 'tapak kasut' warga IIC.

Pelbagai perancangan demi perancangan sedang diatur untuk memantapkan kempen Palestine In Our Heart kali ini. Apa yang Kak Yong harapkan, doakan kami ikhwah dan akhwat di IIC terus 'gagah' untuk meneruskan usaha kecil kami ini lantaran bermula 16 Januari ini sehingga 30 Januari peperiksaan pertengahan semester bakal berlangsung di IIC. Moga kesibukan untuk menelaah dan mengulangkaji tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan kempen...


PALESTINE IN OUR HEART III!

Amiinn....



Proses membuat monumen...


Suasana PIOH III di IIC



14 Januari 2009

Alhamdulilah, bertambah sehari lagi usaha kami menjalankan kempen Palestine In Our Heart. Hari ini, telah bertambah beberapa jenis barangan di booth kami sumbangan dari pihak Nasyeed.Com, syukran jazilan... Antaranya CD dan VCD dari kumpulan AlGebra, CD Smart Taranum dan sebagainya juga barangan dari PACE iaitu t-shirt dan button badge. Sambutan dari warga IIC cukup mengalakkan. Apa yang cukup membanggakan adalah sokongan dari para pensyarah. Ada di antara mereka yang turut menyelitkan kempen boikot produk USA di dalam kelas. Insyaallah, pada hari Jumaat ini akan berlangsungnya acara SOLAT SUNAT HAJAT & QUNUT NAZILAH di IIC pada jam 10 hingga 11 pagi. Pada hari Jummat ini stal dan exhibition akan ditutup dan warga kerja PIOH 3 akan membuat sedikit persembahan selepas selesai solat sunat.



ARDHU FALASTIN: We Care!!!

"Allahumma ya mujriyas sahab, wa yahazimal
ahzab, ihzimhum kaumalkafirin wa laknat
a'laiihim, wan surna 'ala qaumal kafirin..."