Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 11, 2008

Program Aulad!



Alhamdulillah, dalam kesibukan permulaan semester baru di IIC, Allah masih memberi ruang dan kesempatan buat diri Kak Yong dan Sakeena untuk menyumbangkan tenaga dalam program Aulad anjuran Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang diadakan di Pondok Penyayang Raudhah, Gombak. Program ini telah berlangsung pada 2 Disember 2008 yang lalu.

Seawal jam 8.15 pagi Kak Yong dan Sakeena tiba di perkarangan Sekolah Islam Al-Amin, Gombak. Tidak lama kemudian Mak Long, Makcik Jam dan makcik-makcik yang lain tiba. Tepat jam 8.30 pagi, kami bergerak menuju ke lokasi.

Setibanya di lokasi, kami di sambut oleh pihak pengurusan Pondok Penyayang Raudhah. Seramai 63 orang adik-adik dari JIM KL dan adik-adik dari Pondok Penyayang Raudhah telah mengambil bahagian.

Slot ice breaking telah dikendalikan oleh Kak Nina dan diteruskan dengan slot Kami Khalifah Allah. Slot ini memperingatkan adik-adik tentang tanggung-jawab terhadap Allah & Rasul, kedua ibubapa, sahabat dan alam. Program seterusnya adalah sukaneka & treasure hunt yang dikendalikan oleh pihak Raudhah.

Sejurus selepas itu, adik-adik telah diberi peluang untuk membuat 'palm print' di atas kad manila yang disediakan. Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah/cenderahati dan makan tengahari. Secara keseluruhannya adik-adik kelihatan seronok dan Kak Yong sendiri mendapat banyak pelajaran dan pengalaman menarik di sini.









~Kak Yong~

No comments: