Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 6, 2008

Daurah Intensif Akhwat IIC

Alhamdulillah, pada 14 Jun 2008 yang lalu seramai 7 orang akhwat IIC telah hadir ke Pejabat JIM Pusat bagi mengikuti Daurah Intensif yang dianjurkan oleh naqibah kami iaitu Kak Teh Misah.

Program dimulakan pada jam 10 pagi dengan slot pertama bersama Akh Dhany Sarip dengan tajuk pengisiannya "Iman dan Ukhuwwah". Sebelah petang setelah selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah dan makan tengahari, slot "Tuntutan Akhlak Dalam Islam" telah dikendalikan oleh Kak Teh Misah. Selepas solat Asar kami merangka pelan jangka masa panjang untuk alumni KBM IIC termasuk usrah yang bakal dibawa oleh kami barisan usrah penggerak (Kak Yong, Kak Ngah, Kak Chik, Alang Atie, Anjang Kila, Uda Nas, dan Andak). Kami juga telah merancang rehlah untuk alumni KBM IIC bertempat di Sungai Tua.

Di sebelah malam pula slot bersama Ustazah Zai'mah dengan tajuk "Mengenal Al-Qur'an". Tajuk ni tersangat-sangatlah bagus hasil kupasan ustazah yang sangat mantap! Keinsafan dan kesedaran melanda diri masing-masing. Perbincangan diteruskan hingga jam 11 malam. Slot ini turut disertai oleh Arif dan Taufiq.

Jam 5 pagi keesokkan harinya iaitu pada 15 Jun 2008, Pak Andak datang dan menjadi imam bagi qiamullail. Selepas solat Subuh berjemaah dan tazkirah, majlis pun bersurai. Syukran jazilan buat Kak Teh atas penganjuran daurah kali ni. Terasa sangat bertambah erat tautan ukhuwwah antara kami. Jazakumullahu khairan jaza'...


Akh Dhany menyampaikan slot "Iman dan Ukhuwwah"

Kak Yong sedang menulis warkah buat sahabat

Ucu dan Uda sedang tekun menulis

Alang dan Kak Teh Misah tekun mengikuti pengisian

Suasana bilik Islah, Pejabat JIM Pusat

No comments: