KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Alhamdulillah...syukur sgt2 kerana utk kali ke tiga..IIC telah berjaya mengadakan program tahunan.. Palestine In Our Heart III..dengan kelainan pada tahun ini..tidak di jalankan ketika bulan "Nakbah" tapi sebaliknya ketika kini..semangat juang Palestine sedang membuak2 dek serangan kejam Zionis yg bertalu..dan kelainan kali ini..PIOH III telah berlansung selama sebulan bermula 1 Januari 2009 dan berakhir pada 7 Februari 2009.
Kemuncak pada program ini adalah Konsert PIOH III yang telah berlansung di Main Hall IIC pada 7 Feb 2009. Seramai 9 artis telah di jemput utk program kali ini.
Majlis bermula dgn tayangan video Palestine serta video Merah Saga. Kemudia di susuli oleh persembahan gimik oleh komiti2 PIOH III. .kemudian program telah di kendalikan dengan meriahnya olehBro Suffian (Saujana) dgn kerjasama Ruby, setiausaha program.. Kumpulan Varian telah menjadi arits pertama membuat persembahan dgn menyampaikan 2 buah lagu. Persembahan seterusnya di susuli olehAlgebradgn persembahanDaerah InidanAku Rela..(best3..hihi..)..Adik Rozaimi(Bintang Kecil)..The Wans..Stellar..kumpulan nasyid yang di bintangi oleh Manager STADD, Sir Fazil sndiri iaituAll Onedgn persembahan lagu popular..Bilal Bin Rabah..Ezad Lazim (x-Exists)dan di akhiri olehNazrey Johani..muzik di sediakan olehLayar Seni RTM sertaNasyid.com...wah..gempak2..
Kutipan derma turut di jalankan sepanjang program di mana tabung2 telah di letakkan di gerai komiti PIOH serta edaran tabung di kalangan penonton di dalam dewan..(jumlah kutipan masih belum di sahkan..)
Konsert pada kali ini telah mendapat liputan dari pihakRTMdanTV3..haa..sape yang sempat bangun pagi hari Isnin (hari ni..9 Feb 09) sempat lah tgk muka sapa kene interview di rancanganMalaysia Hari Ini (MHI)..hihi..
Di luar dewan turut di sediakan jualan makanan..mafla..air serta CD2 artis seperti ALgebra..gerai lain jual roti..produk HPA..baju Freedom For Palestine..meriah..memang meriah..huhu..
Alhamdulillah..perjalanan program berlansung dgn jayanya..dgn kehadiran DCEO, Sir Norhafizan..Lecturer yang Alang nmpk..Sir Najmi dan anak2..serta Mdm Nurul Iman..kalian lah penyokong kami..terima kasih banyak2..
Kepada barisan komiti... Fauzi, Ismadi, Arif, Hafiz, Syafiq, Muzammir, Mail, Nasyitah, Fadh, Ruby, Nabil, anak2 komiti masing2..hehe..komiti gerai dan pameran..Syahirah, Isma, Sabarina, Radziah, Wafa, Shazman, Aiman, Anhar, Haziq, Kak Yong...dan lain Alang tak dpt sebutkan.. serta mereka2 yang telah membantu menjayakan program secara langsung atau tidak.... TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!!!...
Semoga usaha kalian di redhai atas jalan jihad kita bersama... Serta teruskan usaha kalian dlm medan dakwah di bumi IIC sehingga fikrah islamiyah bisa mendominasi perjalanan ilmu di IIC.. Insya Allah..
Alang takde gambar..too busy that nite terkejar sana sini..(tak bawak kemera pun...)..sapa2 ada gambar..boleh lah hulurkan sumbangan ye...hihi...
No comments:
Post a Comment