Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 20, 2008

ROQ ~ Remembrance of Al-Quds



Mengenang memori berdarah 21 Ogos 1969.






Kak Yong: hari ni KY pakai 'all black' dari jubah hitam sampai tudung hitam, sempena ROQ!



Monday, August 11, 2008

KARISMA IIC ~ Terlakar Sejarah Di Bumi IIC

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, segala puji buat Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA, maka pada 8 Ogos 2008 (tarikh keramat 080808) bertempat di Pusat Komuniti JIM(PKJ), Pusat Bandar Melawati, KARISMA IIC (International Islamic College) telah dilancarkan. Turut dilancarkan pada tarikh yang sama adalah KARISMA Kuala Lumpur.

Jutaan kesyukuran dipanjatkan kerana program telah berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana yang sederhana. Program dirasmikan oleh Yang Dipertua JIM Kuala Lumpur, Akh Roshasni Marjumat yang menyampaikan ucapan dengan cukup bersemangat. Majlis turut dihadiri oleh Karisma daripada IIC, USIM KL, UKM KL dan PPUKM. Turut serta ialah naqib dan naqibah JIM Daerah Batu dan Titiwangsa yang membawa usrah pelajar IPT yang terlibat.

Pada malam tersebut juga, pengumuman Ahli Jawatankuasa Penaja Karisma Kuala Lumpur sesi 2008/2009 telah dibuat. Akh Hafizul Amin (USIM KL) dan Ukht Athirah (UKM KL) telah dilantik menjadi Ameer dan Ameerah. Akh Arif, Ukht Nasyitah dan Ukht Asyi telah terpilih sebagai wakil dari IIC dalam jawatankuasa penaja KARISMA KL.

Perancangan penubuhan KARISMA IIC sejak tahun 2006 lagi akhirnya telah menjadi kenyataan. Insyaallah, tanzim akan dibentuk selepas ini. Moga usaha-usaha dakwah dan islah di bumi IIC akan semakin mekar dan dipermudahkan selepas ini...



Akh Amirul sedang memberi ucapan...

Akh Wan Am sedang memberi penerangan tentang penubuhan KARISMA Kuala Lumpur...


Kak Yong: Satu tugas dan amanah yang berat harus dipikul buat warga k-IIC...rapatkan ukhwah, gerakkan islah di bumi IIC...

Wednesday, August 6, 2008

Debaran Melanda - KARISMA IIC

Pada 6 Ogos 2008, jam 8.30 malam, bertempat di teratak Kak Teh, mesyuarat berkaitan pelancaran KARISMA IIC telah diadakan. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pak Teh Faiz, Akh Wan Am, Makcik Hasnah, Kak Teh Misah, Arif, Kak Yong, Kak Ngah dan Alang Atie.

Mesyuarat ini telah membincangkan tentang penubuhan KARISMA di IIC dan pelancaran KARISMA IIC yang bakal dilangsungkan serentak dengan pelancaran KARISMA KL pada 8 Ogos 2008. Arif telah dilantik menjadi 'amir' di IIC manakala jawatan 'amirah' disandang oleh Kak Yong. Mesyuarat juga memutuskan bahawa tanzim akan dibentuk selepas pelancaran KARISMA IIC. Straregic planning untuk KARISMA IIC akan dibincangkan pada 17 Ogos 2008 akan datang. 2 orang akhwat dari IIC telah diputuskan untuk disenaraikan dalam KARISMA KL.


Kak Yong:
KARISMA IIC akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Ogos 2008, jam 9 malam bertempat di Pejabat JIM Pusat serentak dengan pelancaran KARISMA KL. 080808

Daurah Intensif 2 dan Rehlah Alumni KBM IIC

Alhamdulillah, pada 18 dan 19 Julai 2008 seramai 15 orang akhwat dan 4 orang ikhwah dari IIC telah mengikuti Daurah Intensif 2 yang berlangsung di pelbagai tempat. Pada 18 Julai 2008, tepat jam 9 malam, 15 orang akhwat IIC bersama Kak Teh (naqibah kami) telah berkunjung ke kediaman tokoh JIM iaitu Ibu Yus dan Ummi Roses yang merupakan orang kuat rumah Raudhatus Sakinah. Banyak perkara telah dikongsikan oleh Ummi dan Ibu bermula dari titik permulaan perjuangan mereka dalam menegakkan syiar Islam termasuk pembabitan mereka dalam JIM (Raudhatus Sakinah). Pada 19 Julai 2008 pula kami berdaurah di Pejabat JIM pusat di Taman Melawati. Pengisian di sebelah pagi bertajuk "AKHLAQ: Perhubungan Silang Jantina" telah disampaikan oleh Ustazah Zaidatulakma. Seterusnya di sebelah petang Ustaz Alizi Alias, pensyarah di Jabatan Psikologi UIAM telah menyampaikan 2 tajuk pengisian iaitu "ISLAM: Ad-Din yang syumul" dan "Ibadah dalam Islam". Usai solat Asar, kami diberikan penerangan tentang KARISMA - Kelab Rakan Mahasiswa Islah Malaysia yang disampaikan oleh Kak Teh dan Akh Wan Am dan juga perancangan penubuhan KARISMA di IIC. Di sebelah malam tepat jam 9 kami mengunjungi rumah Kak Anfal bagi mengikuti perkongsian berkenaan "Membina Rumahtangga Islam - Baitul Muslim". Insyaallah, pengisian sepanjang daurah kali ini akan dimuatkan dalam teratak ini.


Bersama Ummi Roses dan Ibu Yus


Bersama Ustazah Zaidatulakma...

Bersama Ustaz Alizi Alias...



Bersama Kak Anfal...


Pada 20 Julai 2008, seramai 26 akhwat dan 2 orang ikhwah dari IIC telah mengikuti Rehlah di Air Terjun Sungai Tua. Rehlah yang julung-julung kali diadakan turut disertai oleh akhwat dari UIAM PJ. Pak Long Hassan & keluarga, Kak Teh & keluarga, Kak Nina, Kak Nahdia & Hana dan naqibah-naqibah dari UIAM PJ turut memeriahkan rehlah kali ini.

Kerja-kerja membakar ayam, daging burger dan sosej telah diuruskan oleh Akh Ariff, Akh Khai, Kak Yong, Bie, Pak Long dan Mak Long. Berpeluh-peluh kami dibuatnya. Games telah dikendalikan oleh Kak Ngah, Kak Chik, Alang Atie, Andak, Uda dan Anjang Kila. Selesai games, masing-masing menyerbu sungai dan menikmati hidangan mee hoon goreng dan BBQ. Majlis turut disemarakkan dengan sambutan ulang tahun Anis Solehah Azhari (anak Kak Teh) yang pertama. Selesai makan, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games yang disediakan. Kami bertolak pulang pada jam 2.45 petang.


Ribuan terima kasih. syukran jazilan diucapkan kepada semua yang telah menjayakan rehlah kali ini. Barakallah 'alaikum. ERATKAN UKHUWWAH, GERAKKAN ISLAH!

Akh Ariff, Akh Khai, Kak Yong, Pak Long dan Mak Long sibuk membakar ayam...

Barisan ratu cantik...hehehe...

10 beradik usrah...


Ummi, Anis dan Babah potong kek...


Senyuman seorang juara...

Barisan akhwat IIC...

Pelukan ukhuwah...




Kak Yong: Uhibbukum fillah abadan abada...

Daurah Intensif Akhwat IIC

Alhamdulillah, pada 14 Jun 2008 yang lalu seramai 7 orang akhwat IIC telah hadir ke Pejabat JIM Pusat bagi mengikuti Daurah Intensif yang dianjurkan oleh naqibah kami iaitu Kak Teh Misah.

Program dimulakan pada jam 10 pagi dengan slot pertama bersama Akh Dhany Sarip dengan tajuk pengisiannya "Iman dan Ukhuwwah". Sebelah petang setelah selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah dan makan tengahari, slot "Tuntutan Akhlak Dalam Islam" telah dikendalikan oleh Kak Teh Misah. Selepas solat Asar kami merangka pelan jangka masa panjang untuk alumni KBM IIC termasuk usrah yang bakal dibawa oleh kami barisan usrah penggerak (Kak Yong, Kak Ngah, Kak Chik, Alang Atie, Anjang Kila, Uda Nas, dan Andak). Kami juga telah merancang rehlah untuk alumni KBM IIC bertempat di Sungai Tua.

Di sebelah malam pula slot bersama Ustazah Zai'mah dengan tajuk "Mengenal Al-Qur'an". Tajuk ni tersangat-sangatlah bagus hasil kupasan ustazah yang sangat mantap! Keinsafan dan kesedaran melanda diri masing-masing. Perbincangan diteruskan hingga jam 11 malam. Slot ini turut disertai oleh Arif dan Taufiq.

Jam 5 pagi keesokkan harinya iaitu pada 15 Jun 2008, Pak Andak datang dan menjadi imam bagi qiamullail. Selepas solat Subuh berjemaah dan tazkirah, majlis pun bersurai. Syukran jazilan buat Kak Teh atas penganjuran daurah kali ni. Terasa sangat bertambah erat tautan ukhuwwah antara kami. Jazakumullahu khairan jaza'...


Akh Dhany menyampaikan slot "Iman dan Ukhuwwah"

Kak Yong sedang menulis warkah buat sahabat

Ucu dan Uda sedang tekun menulis

Alang dan Kak Teh Misah tekun mengikuti pengisian

Suasana bilik Islah, Pejabat JIM Pusat