Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, May 19, 2010

Tawaran Hebat!!! Diskaun 50% Jom, jom jom!!! Berbaloi-baloi!!! Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!!!


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim...

KARISMA KL akan menganjurkan program KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM) untuk penggerak, ahli KARISMA, anak-anak ahli JIM Kuala Lumpur (yang belajar di IPT) dan turut dibuka kepada fasilitator yang pernah berkhidmat untuk KBM KL

detailsnya;

Tarikh dan masa: 22 hingga 23 mei 2010 (sila rujuk tentatif di bawah)

Tempat: Sekolah Islam Al-Amin Gombak

Bayaran: Diskaun 50% (yuran asal RM40)

Pengendali utama : Pak Lang Mokri dan Hafiz Bai

Kepada sesiapa yang berminat, boleh berikan nama dan no telefon kepada ana, Kak Yong (017-8786582 / fhfansuri@yahoo.co.uk).

Dilampirkan juga tentatif program di bawah..

Moga bermanfaat, insyaAllah.

jazakumullahu khair al-jazaa'



Hari Pertama ( SABTU )

1.00 – 2.00 ptg : Pendaftaran

2.00 – 4.15 ptg : KMKY, JAWATANKU dan REBEN KEHIDUPAN

4.15 – 5.00 ptg : ISOMA

5.00 – 6.30 ptg : Nikmat Oh Nikmat

6.30 ptg – 9.00 mlm : ISOMA

9.00 mlm – 1.00 pg : MAM 1 dan MAM 2

1.00 – 1.30 pg : Minum Malam

1.30pg : Gelombang Theta



Hari Kedua ( AHAD )

5.30 – 6.30 pg : Bangun tidur dan solat subuh

6.30 – 7.30 pg : BADAN CERGAS OTAK CERDAS II

7.30 – 8.30 pg : Sarapan, Rehat & Persiapan Diri

8.30 – 10.00 pg : InTeam

10.30 – 12.30 tgh : Nur Kasih, Dakwah, Usrah, Perjuangan

12.30 – 2.00 ptg : LAFAZ TERSIMPAN dan penyerahan sijil

2.00 ptg - : Penutup (ucapan JIM IPT KL), Solat dan makan tengahari





--<--{@ KAK YONG @}-->--
Fiza Hasni binti Md Ehsan
017-8786582 / 013-3060673
Pegawai Operasi KBM KL
Pegawai TPSM Remaja KL
::http://titipan-si-anggerik.blogspot.com ::
::http://tatkala-pena-menulis.blogspot.com ::
::http://karisma-iic.blogspot.com ::
:: http://krj-motivasi.blogspot.com ::
:: http://remaja-kl.blogspot.com ::

"Berjalan, melihat, mentafsir sepanjang permusafiran Kasih Ilahi... Hidup biar bermakna..."

Friday, April 2, 2010

Solat Hajat...


Dgn nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW




Bersyukur ke hadrat Illahi..
Dgn izinNya kami K-IIC dpt melangsung upacara Solat Hajat
(tp dlm bentuk jemaah sekadar utk membuat ianya tersusun sahaja, niat sendiri2..)

Insyaallah, ini program pertama K-IIC..
Syukran Jazilan kepada smua tenaga kerja & penggerak K-IIC yg byk membantu dan memberi sokongan dlm menjayakan program ini..

Harap maaf jika ada apa2 kekurangan or ketidakselesaan..
Insyaallah kami akan perbaiki dlm program2 kami yg seterusnya..

Jazakallah..

Pejuang Mukmin: Sokongan antum semua yg mengenali KARISMA IIC amatlah diharapkn dlm
usaha melahir mahasiswa Du'at di bumi IIC.. Takbir!!

Rehlah...

Dgn nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW


alhamdulillah,
pd 13hb March 2010 K-IIC tlh dijemput utk rehlah di sg pisang bersama Karisma dr UKM..
(ikhwah sahaja..)

ikhwah K-IIC berkumpul di pejabat JIM Batu pd pukul 9mlm bersama Abg Hafiz Bai
(qiyam bersama..)
selesai solat subuh kami pn bersiap & berangkat
(krn perjanjian dgn sahabat dr UKM pukul 9pg..)

dimulakan dgn sesi taaruf..
sedikit pengisian dr abg Hafiz Bai..
sedikit game..
(piramid manusia, pejuang berkuda & tgn kilat)



setelah itu masing2 diberi kebebasan utk bermandi-manda..
puas main air, kami pn bergerak dlm pukul 12.30tghari ke SMK Al-Amin Keramat..
(krn makan tghari kami disediakan disana..)

sementara itu,
akhawat K-IIC menghadiri program "Apa Itu KARISMA"
dilaksana selepas Daurah Ayyuhai Shabab..
Lead by: Akhi Mohd Iqbal Hakim(JK TPSM Karisma Nasional)


Pejuang Mukmin: Salam ukhuwah bg sahabat yg baru mengenali K-IIC..
Semoga Allah memberi kita kekuatan utk terus berjuang di jalan Allah ini..


Thursday, March 18, 2010

TAZKIRAH ALAM


Firman Allah Taala :


katakanlah lagi " Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap ( di telan bumi) maka siapakah ( selain Allah ) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir ? " ( al-mulk : 30 )


Saudaraku ! jadilah orang yang memerhatikan awan..
bagaiman pada waktu petang ia bertebangan..


Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat..
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut..?


Lalu matahari menguasai laut..
untuk dibangkitkan wap air daripadanya..


Diangkat airnya ke atas..
melepasi bukit-bukau yang tinggi..


Dan diliputinya udara sejuk..
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit..


Sekiranya Dia mahu, dijadikan udara panas..
maka kita tidak mendapat walau setitis hujan..


Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran..
hujan turun selepas awan diperah..


Tidak ada bukit bukau yang dapat menghalangNya..
jika Dia mahu, hujan akan turun disebalik bukit bukau..


DiciptakanNya yang lain seumpamanya, dan digerakkanNya..
dengan takdirNya, ia terus bergerak..


Sekiranya ia melimpah dari langit sekaligus..
manusia akan ditimpa kebinasaan yang cepat..


Ini, apabila ia turun dalam bentuk curahan dalam sesebuah negeri.......
bagaimanajika dicurahkan air batu sebesar bukit??


Tetapi ia turun supaya berlembut ke atas kita..dalam bentuk titisan hujan..
sebahagian bertukar menjadi sungai-sungai..


Sebahagian diserap tanah..
supaya ia tidak menjadi penghalang segala makhluk..


Tetapi bukan di tempat yang dalam sangat
memadai disimpan dalam bekas besar pada lapisan..


Di dalam bekas daripada batu bata
ia disimpan untuk kemudahan bagi manfaat manusia


Lihatlah..betapa hinanya pentadbiran..
pentadbiran orang yang tidak mempunyai pemikiran?


Daripada berhala yang tuli atau tabiat semulajadi..
yang taat kepada Tuhannya?


Atau tiada keraguan sebenarnya, semua menjadi saksi
bahawa penjaganya adalah Tuhan Yang Satu..


Beraoa kalikah orang Islam ditimpa kemarau
lalu mereka meninggalkan bebanan dan batu penghalang


Mereka meminta daripa Tuhan jalan keluar
lalu mereka berhak mendapat kejayaan dam mereka..

mendapat jalan keluar..
Adakah kudrat alam (nature) atau berhala yang memakbulkannya?
atau Yang Maha Mendengar pelepas bala..


( hasil pena : Abdul Rahman Qadhi)
( dipetik dari kitab tauhid fasal 6 : air yang terapung)
( >>>>>>>>>>>>>>>adik<<<<<<<<<<<<<<<<<)

Wednesday, March 10, 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010




Tarikh :
20 Mac 2010 (Sabtu)

Tempat :
Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Anjuran :
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


- Terbuka kepada seluruh anak muda mahasiswa & orang awam -



Pengenalan

Kongres Mahasiswa adalah satu perkara yang mustahak yang perlu dilakukan dalam negara ke arah mencapai negara maju. Kongres ini penting untuk aktivis mahasiswa khususnya membentuk gerakan yang bersifat yang lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan negara pada masa akan datang.

SSM mengambil inisiatif untuk mengadakan kongres mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis negara. Program ini akan menjadi perintis ke arah SMM untuk menyatukan dan memperkasakan 'wajah' Malaysia agar menjadi negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malahan meliputi keseluruhan aspek utama dalam mentadbir negara maju.

Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diber nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat.


Objektif Kongres

1. Menyusun semula gerakan mahasiswa peringkat nasional.
2. Memperkemaskan struktur gerakan di setiap peringkat ( Nasional dan Kampus )
3. Re-branding semula SMM sebagai satu wadah dan koalasi gerakan mahasiswa yang terbesar di peringkat nasional.


Matlamat Kongres

1. Memberi penerangan kepada semua aktivis mahasiswa berkenaan struktur gerakan serta halatuju dan matlamat SMM.
2. Memperkenalkan pimpinan setiap kampus kepada seluruh aktivis.
3. Menyusun semula perwakilan yang terpilih dalam satu organisasi di peringkat Nasional
( MPMN )
4. Membuka keahlian SMM secara terus dan menarik lebih ramai anak muda menyertai SMM.

Tuesday, March 9, 2010

Minda Super !!!

Assalamulaikum wrt...

Kelab Remaja JIM Daerah Batu akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

Minda Super !

- Teknik Pantas Mengingat -


Penceramah :
Mohd Kamal Izham Wahab

Hari : Ahad

Tarikh : 14 Mac 2010

Masa : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat : Pejabat JIM Daerah Batu,
No. 48-M, Jalan SBC 3,
Taman Sri Batu Caves, Selangor


Yuran : RM 10 sahaja !!!

Jom... daftarkan nama/anak-anak anda segera kepada :

Cik Fiza Hasni 013-3060673

Jom Penuhi Cuti Sekolah Anda!!!

" OFFLINE WITH HEDONISM "

Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

" OFFLINE WITH HEDONISM "



Objektif Utama :
Ingin berkongsi tentang implikasi & kesan Budaya Hedonism terhadap remaja di Malaysia.

Tarikh :
18 Mac 2010

Tempat :
Dewan Masjid As-Syakirin KLCC

Masa :
8.00 am ( Pendaftaran)
hingga
5.15 pm ( bersurai )

Sasaran :
Remaja 12 - 15 tahun


Pendekatan Program :
- Perkongsian,
- management Game
- Latihan Dalam Kumpulan
- Persembahan Kumpulan
- Xplorace@KLCC

Yuran :
RM 15 sahaja

Jom...daftarkan nama anda segera kepada :

Yasser : 019 2225170
Muslihah : 017 2665159

Ingat... Budaya Hedonism bukan Fitrah kita...!!!



Kak Yong: jom adik-adik... kita pakat datang ramai-ramai !!!

Thursday, January 28, 2010

::Apa Guna IMAN Sekiranya Tidak Di Uji::

Assalamualaikum..

Bismillah..

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai
“hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung, tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan, manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :



Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)


Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.


khas buat pejuang ISLAM


Salam perjuangan buat ikhwah akhawat sekalian!! --(^+^)--

Thursday, January 21, 2010

TanZim K_IIC

Bismillah..

Assalamualaikum buat para da'ie sekalian..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..Tuhan sekalian alam..

Maha Besar Kau Ya Allah..
Maha Suci Mu Ya Allah..
Terima kasih atas kesempatan daya ini..
Buat kami untuk terus tsabat di jalan dakwah Mu..

Alhamdulillah..pada 16 Januari 2010 yang lalu, KARISMA IIC telah berjaya menubuhkan tanzim baru yang akan menerajui medan jihad di bumi IIC. Agak lama juga tanzim K-IIC terdiam dari gerakan kerana kebanyakan penggerak yang memegang jawatan sebelum ini telah tamat belajar dari IIC dengan serentak, maka tidak sempat untuk pemilihan baru.

Insya Allah barisan penggerak yang baru ini akan terus menjalankan tugas-tugas syiar di bumi IIC dengan bermatlamatkan penguasaan Fikrah Islah Dominan Alam Kampus (FIDAK) berjaya di laksanakan menjelang 2015.

Berikut adalah barisan pimpinan K-IIC 2009/2010



*click picture for better view*


dari kiri (ikhwah) - Muain, Anhar, Aiman, Idzuan
(akhawat) - Halimah, Ruhayu, Ikmal Rusyda, Nabihah, Isma, Ainul Wafa, Ihsan

Salam tahniah buat penggerak-penggerak K-IIC..semoga kalian terus tsabat di jalan dakwah ini..