Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 18, 2010

TAZKIRAH ALAM


Firman Allah Taala :


katakanlah lagi " Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap ( di telan bumi) maka siapakah ( selain Allah ) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir ? " ( al-mulk : 30 )


Saudaraku ! jadilah orang yang memerhatikan awan..
bagaiman pada waktu petang ia bertebangan..


Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat..
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut..?


Lalu matahari menguasai laut..
untuk dibangkitkan wap air daripadanya..


Diangkat airnya ke atas..
melepasi bukit-bukau yang tinggi..


Dan diliputinya udara sejuk..
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit..


Sekiranya Dia mahu, dijadikan udara panas..
maka kita tidak mendapat walau setitis hujan..


Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran..
hujan turun selepas awan diperah..


Tidak ada bukit bukau yang dapat menghalangNya..
jika Dia mahu, hujan akan turun disebalik bukit bukau..


DiciptakanNya yang lain seumpamanya, dan digerakkanNya..
dengan takdirNya, ia terus bergerak..


Sekiranya ia melimpah dari langit sekaligus..
manusia akan ditimpa kebinasaan yang cepat..


Ini, apabila ia turun dalam bentuk curahan dalam sesebuah negeri.......
bagaimanajika dicurahkan air batu sebesar bukit??


Tetapi ia turun supaya berlembut ke atas kita..dalam bentuk titisan hujan..
sebahagian bertukar menjadi sungai-sungai..


Sebahagian diserap tanah..
supaya ia tidak menjadi penghalang segala makhluk..


Tetapi bukan di tempat yang dalam sangat
memadai disimpan dalam bekas besar pada lapisan..


Di dalam bekas daripada batu bata
ia disimpan untuk kemudahan bagi manfaat manusia


Lihatlah..betapa hinanya pentadbiran..
pentadbiran orang yang tidak mempunyai pemikiran?


Daripada berhala yang tuli atau tabiat semulajadi..
yang taat kepada Tuhannya?


Atau tiada keraguan sebenarnya, semua menjadi saksi
bahawa penjaganya adalah Tuhan Yang Satu..


Beraoa kalikah orang Islam ditimpa kemarau
lalu mereka meninggalkan bebanan dan batu penghalang


Mereka meminta daripa Tuhan jalan keluar
lalu mereka berhak mendapat kejayaan dam mereka..

mendapat jalan keluar..
Adakah kudrat alam (nature) atau berhala yang memakbulkannya?
atau Yang Maha Mendengar pelepas bala..


( hasil pena : Abdul Rahman Qadhi)
( dipetik dari kitab tauhid fasal 6 : air yang terapung)
( >>>>>>>>>>>>>>>adik<<<<<<<<<<<<<<<<<)

No comments: