Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 5, 2009

::TasK FoRce '09::

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam Tahun Baru 1430H!!
Salam Tahun Baru 2009!!


Alhamdulillah..satu lagi program Task Force berjaya di jalankan..Task Force sempena kedatangan thn baru 2009 ini sekali lagi di jalankan di sekita taman KLCC. Kali ini dpt di lihat penglibatan para ikhwah akhawat sgt memberansangkan. Semua dpt di rafsirkan begitu semangat memulakan aktiviti dakwah usaha membenteras maksiat di kalangan muda mudi KL.

KARISMA IIC telah di wakili seramai 10 org akhawat, Alang Atie, Angah, Andak, Ayu, Adik, Biha, Mira, Kak Min 2 dan org kwn Angah (x ingat name!;p) dan Ehsan dr UNIKOP serta seorang Ikhwah, Akh Arif utk menyertai task force kali ini..kebanyakan dari kami 1st time join..agak teruja..

Rombongan pertama ::Alang, Biha, Adik, Syu, Ayu, Ehsan & Arif:: tiba dlm pukul 8 mlm. Seusai Maghrib, kami bergerak dlm kumpulan bersama Kak Nina & Kak Damia (except Arif) .Selepas taklimat oleh Akh Dhany yg tak sempat di dengar, kami memulakan gerakan utk first round, edaran risalah kpd pengunjung di sekitar taman. Langkah pertam berjalan dgn baik. Namun ketika sebahagian akhawat IIC mula masuk ke kawasan hadapan pancuran, satu insiden berlaku.

Sedang mengedarkan risalah kp pengunjung, tiba2 Alang, Biha, Ehsan dan Adik di sergah oleh Pak Guard di situ. Dengan lantang dia mengarah kami keluar dari kawasan tersebut dengan mengugut akan memanggil polis utk tindakan. *tiada kelembutan langsung*. Dengan segera kami cuba menghabiskan risalah di tangan, tapi sekali lagi di halau oleh Pak Guard tersebut. Kami beredar dengan aman^_^

Taklimat kedua di beri sekali lagi oleh Akh Dhany di masjid utk round ke2. Rupa-rupanya ramai juga yang kena sergah dgn Pak Guard..bkn Kami dr IIC saje. agresif pulak Pak Guard thn ni..hehe..(Rombongan ke2, Angah & the gang baru tiba)

Strategi baru di pasang, mencadangkan sebahagian ikhwah utk ke Dataran Merdeka memandangkan suasana di KLCC kurang memberansangkan krn pada thn ini tidak terdapat konsert spt selalu. Akhawat di arah stay krn jumlah yang cukup utk meliputi besar kawasan KLCC. Tapi kemudian strategy ke Dataran di batalkan krn Akh Bai inform, makin ramai menuju ke KLCC.

Gerakan kedua bermula. Kali ini gerakan mudah tanpa gangguan Pak Guard, cuma satu dua teguran dari Mak Guard;p..Suasana semakin sesak, di lihat kawasan itu lebih ramai di kunjungn warga Indonesia dan tourists. Alhamdulillah proses penyebaran risalah dan dakwah berjalan lancar tanpa insiden yang tak di ingini.

Sesi perkongsian di jalankan sebaik tiba kembali di masjid. Dari akhawat, perkongsian di berikan oleh wakil2 kumpulan..akhawat USIM Nilai, USIM Pandan, Alang dr IIC, Wanita JIM, dan seorang akhwat Aussie..(jauh tu...balik cuti..)..

Khasnya utk semua peserta task force dan semua ikhwah akhwat, jalan dakwah ni bkn mudah..walau di sergah, di halang..jadikan itu sbg pahit manis dlm medan ni. Ikhlas menerima setiap ujian..mulakan setiap gerakan dgn menyebut nama Allah..Insya Allah di permudahkan...


Alang: Sedih tgk suasan di KLCC.1st time di sana malam 'penuh gemilang'. Seawal 7mlm dah penuh sana sini ada pasangan, adik2..tak kurang family!..sedih la tgk adik2 yang pakat peluk2, masa bg risalah baru terbangun (baru tersedar ada org kat keliling)..celah2 semak..Astaghfirullah..tapi paling sedih..ada je parents yang bwk anak2 kecil ke kawasan 'hitam' tu..malah, ada baby yang agaknya belum pun setahun turut di bawa ke sana!Apa motifnya??Si ayah duduk peluk lutut, si ibu tgk sekeliling..si anak kecil bermain dgn lampu warna warni..jam hampir 12mlm.tak kasihankah ank kecil itu..yang sepatutnya tidur nyenyak selepas di belai manja ibu bapa..tak mustahil satu hari nanti, ank kecil itu adalah salah seorang yang berpelukan di situ..Nauzubillah..bkn mendoakan..tapi kalau itu la 'didikan'nya..tak mustahil..sedari kecil di biasakan dgn suasana maksiat..sedih..sedih..

SELAYANG PANDANG TASK FORCE KLCC





MASJID ASH-SYAKIRIN TENGGELAM DALAM KEGELAPAN MALAM KLCC


INILAH SEBENAR HIDANGAN YANG DITUNGGU..RENUNG2KANLAH


SAMBUTAN TAHUN BARU 2009 BUKAN SAHAJA MENDAPAT SAMBUTAN REMAJA MALAHAN WARGA TUA.

PENGUNJUNG SANGGUP BERSESAK2

(ukhtie nina,ukhtie damia,ukhtie alang,ukhtie syu,ukhtie biha,ukhtie ayu,ukhtie halimah)

"YA ALLAH.LANGKAHKANLAH KAKI KAMI KE JALAN DAKWAHMU..KUATKAN HATI KAMI YA ALLAH"..

(DT)

1 comment:

D said...

or the first time Alang "bersama" di malam sambutan new year..konon2 nak tgk apa yg havoc sgt smp begitu meriah..tepat jam 12..meletup2 la bunga api..semua bersorak..bila bunga api yg lawa n kuat lg bunyinya...makin kuat jgk org bersorak..inilah 'kehebatan' sambutan rupanya..lepas tu bunga api tu abis dlm 5 minit kemudian jek..kemudian..kemudian..

"dah..jom balik"..terdengar dari pengunjung sekeliling..

Alang pikir.."laa..tu jek?punya la kumpul dr maghrib..smp jam 12..tgk bunga api 5 menet..balik??balik dah??laaa...SIA-SIA sungguh laaa.. penantian yg lama semata2 kemuncak yg 5 minit..adoi laa..

Sakit rakyat Malaysia ni rupenyer..kronik tahap...tahap ape eh..heheh..*tak nak sebut*