Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 5, 2009

PKN 2008



PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2008
(PKN 08)
AUDITORIUM MUZIUM SHAH ALAM
28 ZULHIJJJAH 1429/27DISEMBER2008
“dan orang-orang yang beriman lelaki & perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi yang sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat,& mereka taat pada Allah & RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(surah At-Taubat 9: Ayat 71)

Bertepatan dengan tema PKN kali ini “ PEMIMPIN BERORGANISASI, PENGGALAS MISI” menghimpunkan penglibatan 27 wakil KARISMA dari seluruh pelosok Malaysia. Setiap wakil lokaliti (negeri, ipta@ipts) menghantar 1 pembahas, 1 pewakilan dan 1 pemerhati. Sambutan yang menggalakkan.

K-IIC turut tidak ketinggalan apabila menghantar 3 wakil untuk turun padang untuk mengimarahkan lagi PKN 08 kali ini.
Amir K-IIC: akhi Mohd Arif B.Mohamed (selaku pembahas)
Amirah K-IIC: ukhtie Nasyitah Jamaludin(selaku perwakilan)
: ukhtie Halimah Ramli (selaku pewakilan)

PKN 08 membuka tirai perjuangan dan bait bicara dengan pendaftaran setiap wakil lokaliti.
Diserikan lagi dengan pembukaan celoteh Pengerusi majlis
Bacaab Al-Quran serta terjemahan

Ucapan aluan Pengarah PKN 08
Perasmian PKN 08 & Karnival Sukan serta Pertunjukkan Multimedia Karisma menyemarakkan lagi suasana dewan perhimpunan
Penyampaian cenderamata kepada perasmi PKN 08.

PKN kali ini mengetengahkan UCAPAN DASAR oleh Presiden KnL 2008 iaitu Mohammad Amirul Mohammad Letfee, menyentuh beberapa perkara iaitu:
1. Visi Karisma yang didokong selama ini. “ menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan kearah tertegaknyanya syariat Islam di Malaysia”

2.Isu-isu semasa: Masalah sosial yang makin membusung nanah
: Gejala rasuah yang merupakan pembunuh dalam diam dalam pembangunan masyarakat yang perlu dibanteras segera sehingga ke akar umbi. (Biar akarnya tidak mampu bertunas kembali.)
: Penindasan ke atas rakyat palestin
: kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri
: fenomena ‘ barrach Hussein obama’

3.Membicarakan misi FIDAK iaitu:
“ Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sahsiah, kepimpinan, akademik melalui program pembangunan insan yang konprehensif”
“ mengembleng tenaga mahasiswa ke arah merealisasikan Fikrah Islam Di Alam kampus (FIDAK) 2015

4.Menekankan 3 aspek utama untuk membina mahasiswa du’at yang cemerlang.

mempunyai sahsiah cemerlang
mampu memimpin dengan cemerlang
cemerlang dalam akademik

5. Pembinaan insan yang komprehensif iaitu melalui Modul Tarbiyah & Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) yang sedia ada.


6. Menuju penghujung FIDAK 1

7. Rancangan FIDAK 2 ( 2010-2012)

“wahai pemuda pemudi harapan ummah,
Ingatkah kita akan pengorbanan Ali b.Abu talib
Ingatkah kita akan kebijaksanaan Asma Binti Abu Bakar
Ingatkah kita akan semangat Mus’ab Bin Umair?
(Perjuangan demi islam , tidak akan dapat kita bandingkan. Apa yang mereka bina perlu kita kukuhkan!!)


Slot Anugerah karisma.
Pencapaian Terbaik Karisma Negeri/Daerah Terbaik : K-Petaling
Pencapaian Terbaik Karisma IPTA: K-UIA Gombak
Anugerah Akademik Terbaik
Ikhwah : Al-Amin b.Mohamed Sultan
Akhawad : Syhidah bt Azizi

Pembentangan Laporan KARISMA Nasional oleh Setiusaha Agong Karisma Nasional 2008 oleh Mohd hafiz Abd Hamid@Abg Bai
Pembentangan Laporan kewangan oleh bendahari KnL 2008- Khadijah Riza atiq

PKN 08 dihangatkan lagi dengan suara hati serta perkongsian pembahas-pembahas dari Perwakilan Negeri/daerah@IPTA:
K-Melaka
K-IIC
K-UMP
K-UIA GOMBAK
K-JAD
K-USIM KL
K-PERAK
K-USM
K-UKM
K-PPUKM
K-UITM SHAH ALAM
K-KEDAH
K-UKM BANGI
K-UNISEL SHAH ALAM
K-PETALING
K-SARAWAK
K-UIA PJ
K-HULU LANGAT
K-USM KERIAN
K-UM
K-PJ
DSB

Para pembahas dengan lantang menyuarakan perkongsian serta masalah-masalah yang dihadapi di lokaliti masing-masing. Tidak kurang juga yang mempersoalkan komitmen ahli, dana, tanzim, serta suara hati (macam sesi sharing plak).Namun semua pembahas dengan sebulat suara menyetujui dasar yang diperjuangkan. Tahniah.

Tepat jam 0515pm PKN 08 memperlihatkan barisan-barisan saf KnL mula mengundur diri dengan Slot Perletakkan Jawatankuasa KARISMA Nasional 2008.
Terpancar barangkali kesedihan dan kehalusan perasaan daripada setiap wajah ikhwah dan akhawad Knl ketika ini kerana perjuangan bersama dalam KnL
08 telah menjadi satu perjuangan yang berterusan disulami dengan beribu pengorbanan serta air mata yang merupakan kekayaan peraasaan yang tidak bisa dimaknakan dengan indahnya kata-kata.

Maka sejarah telah dilakar kembali, tepat jam 0530, Pengumuman Jawatankuasa KARISMA Nasional 2009. Ada diantara Knl 09 mantan Knl 08 dan juga melahirkan wajah-wajah baru yang bakal meneruskan perjuangan serta visi dan misi KARISMA yang didokong selama ini.
PKN08 melabuhkan tirai dengan Doa Rabitah dan sesi fotografi (Knl lama, Knl baru, dan JK Pelaksana 08)


DI SEBALIK TABIR PKN

K-IIC TURUT MENGHANTAR SUKARELAWAN UNTUK KARNIVAL KEBUDAYAANBELIAN &KOMUNITI

SENAMAN PAGI

TERIMA KASIH ATAS SEGALA BANTUAN YANG DISUMBANGKAN..JUMPA PKN2009

(DT)


emm..yg plek nya nape post ni x masuk eyh..em..seram gak
(adik)

No comments: