Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, July 28, 2009

KGN '09 [Part I]

Alhamdulillah, pada 25 hingga 26 Julai 2009 yang lalu ana berkesempatan menghadiri Konvensyen Graduan Nasional 2009 (KGN '09) yang bertempat di Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa. Biarpun ana merupakan satu-satunya wakil dari IIC, ia tidak menjadi halangan atau masalah buat diri ana (KBM KnL tahun lepas pun ana jadi wakil tunggal IIC).

Memulakan perjalanan seorang diri seawal jam 7 pagi dari Bandar Anggerik dengan bas Rapid KL, ana dikejutkan dengan satu insiden di Stesen Bas Klang (bersebelahan Stesen LRT Pasar Seni). Melihatkan kelibat ramai anggota polis berpakaian seragam dan tagline kuning tertera "FORENSIK", hati ana tertanya-tanya. Menyedari masa kian suntuk (pendaftaran bermula jam 8.30 pagi sedang ketika itu waktu telah menunjukkan jam 8.15 pagi) ana bergegas menuju ke eskelator. Setelah membeli tiket ke Setiawangsa, ana tergerak hati untuk melihat ke bawah... dan... astaghfirullahal 'azim... ana melihat seorang lelaki berlumuran darah di celah-celah gerai Stesen Bas Klang. Tak sanggup mata ini untuk berlama-lama memandang, lantas ana segera mengatur langkah menuju ke platform.

Jam 8.45 pagi, ana selamat tiba di perkarangan Masjid Mua'adz bin Jabal. Dalam mencari-cari tempat program berlangsung, ana bertemu dengan seorang akhwat yang tidak ana kenali. Setelah bertegur sapa, kami bersama-sama menuju je dewan utama di tingkat bawah. Kedatangan kami disambut oleh Kak Mus dan para urusetia KGN '09. Usai sesi pendaftaran, ana melangkah ke dalam dewan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Akh Dhany dimulakan tepat jam 9.38 pagi. Akh Amirul sebagai Pengarah KGN '09 mengalu-alukan kehadiran para peserta dan menerangkan objektif program. Seterusnya Dr. Zainudin Abdullah selaku Pengerusi JIM IPT telah memberikan ucapan sebelum Hj. Zaid Kamarudin yang merupakan Presiden JIM menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan KGN '09 dengan tema 'Thabat Berjuang Menempuh Cabaran'.

Friday, July 24, 2009

Masih Ada Yang Sayang...

Hati seorang ibu benar-benar terluka. Petang itu tatkala dalam perjalanan pulang dari kerja, pihak sekolah menghubunginya meminta agar dia segera datang bertemu pengetua sekolah anak lelakinya. Sudahlah seluruh tubuh keletihan gara-gara bebanan kerja seharian, kini ditambah pula dengan khabaran salah laku anaknya si dekolah.

"Puan, anak puan terpaksa kami gantung pesekolahannya selama seminggu atas beberapa kesalahan disiplin. Namun seandainya anak puan masih mengulangi kesalahan yang sama atau melanggar mana-mana peraturan sekolah yang lain, pihak kami terpaksa menyingkirkan anak puan dari sekolah ini." Kata-kata tuan pengetua itu kedengaran umpama letupan bom atom di bumi Hiroshima dan Nagasaki, begitu memeranjatkan hati si ibu. Perlahan, menitis air mata seorang ibu. Tangan si anak diraih dan digenggam kejap. Wajah si anak dipandang sayu.

"Along, sejujurnya ibu amat sedih atas apa yang telah Alog buat biarpun ibu dan ayah telah berusaha memberikan didikan yang terbaik buat Along. Tapi walau apa pun, ibu nak Along tahu bahawa hukuman yang Along terima ini besar maknanya. Along amat bertuah kerana di waktu Along melakukan kesilapan dan kesalahan, masih ada orang yang sudi menegur, menasihati dan memarahi Along. Itulah tandanya MASIH ADA YANG SAYANG dan ingin membantu Along untuk berubah." Air mata si ibu gugur lagi. Kepala anak lelakinya diusap perlahan lantas bibir mulia si ibu mengucup lembut ubun-ubun si anak.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi, andai kita perhatikan kisah di atas pasti ada di antara kita pernah melalui situasi yang seakan-akan sama. Dalam kehidupan kita ini adakalanya kita tidak sedar terdapat banyak tanda-tanda Allah masih sayangkan kita. Tatkala kita tersasar dari jalan-Nya, Dia titipkan seseorang untuk menarik kita agar tidak tersasar lebih jauh. Begitu juga andai Dia titipkan ujian demi ujian untuk kita, itulah tanda kasih sayang-Nya. Itulah tandanya Dia masih memandang kita. Cuba bayangkan jika Dia sudah tidak mahu memandang kita? Sudah pastilah kita akan dibiarkan terleka dan lalai dengan godaan dan pesona dunia...


** Teringat sebaris lirik dari lagu kumpulan nasyid Mestica, "...aku tahu inilah kasih-Mu, aku tahu inilah cinta-Mu..." **

Sunday, July 19, 2009

KGN 09

Program:
KONVENSYEN GRADUAN NASIONAL 2009
(KGN 2009)

Tarikh (masa):
25 Julai 2009 (8.30pg) - 26 Julai 2009 (3.30ptg)

Tempat:
Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa, KL

Sasaran Peserta:
i- Graduan IPT dalam dan luar negara dalam tempoh 3 tahun terdahulu
ii- PELAJAR TAHUN AKHIR DI IPT DALAM DAN LUAR NEGARA
iii- Pernah atau masih mengikuti sistem pentarbiyahan JIM
Yuran:
RM 30

Penganjur:
JIM IPT Pusat, dengan kerjasama JIM IPT Selangor

Objektif Program:

1- memberikan pendedahan mengenai raliti dan cabaran hidup selepas alam kampus.
2- perkongsian pengalaman dari aktivis JIM di dalam menghadapi cabaran kehidupan.
3- memberi pengenalan terhadap gerak kerja dakwah JIM di Malaysia dan bagaimana para belia mampu turut sama menyumbang dalam visi perlaksanaan syarian 2020
4- memupuk silaturrahim serta mewujudkan rangkaian ukhuwah diantara para peserta dengan mereka di dalam aktivisme JIM.

Utk mendaftar, hubungi Sdr Khairul Fadhli di jundullah85@gmail.comatau 0133554342 / 0125726557, dan nyatakan maklumat berikut:

Nama
IC
Tempat tinggal (sekarang)
Hp
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2009



Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!



(Istimewa buat insan-insan yang bergelar guru)


Guru Oh Guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang


TERIMA KASIH

SYUKRAN JAZILAN

BARAKALLAH 'ALAYKUM


KY: pertama kali menyambut hari guru sebagai seorang guru...

Perancang Terbaik


Salam perjuangan buat semua ikhwah dan akhwat yang berziarah ke teratak K-IIC ini. Moga hari-hari yang dilalui antum bertambah baik dari yang sebelumnya dan antum sendiri kian menyerlah jauh dari yang biasa!

Ikhwah dan akhwat yang dihormati...
Sedarkah kita bahawa setiap saat dalam kehidupan kita ini adalah ujian? Ujian dan kehidupan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia, dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi sekalian...
Ana ingin membawakan satu kisah dari beberapa kisah dalam buku "U-TURN Ke Jalan Lurus" tulisan Ustaz Zul Ramli M.Razali, terbitan Galeri Ilmu.

Kisah ini mengenai seorang pemecah batu yang menghabiskan waktu siangnya memecah batu-batu pejal di sebuah bukit. Seluruh tubuhnya bermandi keringat disulami omelan dan dengusan kecil. Di bawah terik sang mentari, dia melihat kepada sang mentari sambil tangannya memegang penukul besi. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Alangkah baiknya kalau aku diciptakan sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka." Dia terus memandang sang mentari dengan penuh kagum.

Sedang dia asyik berfikir tiba-tiba suasana mejadi redup. Dia mendongak dan melihat ada gumpalan awan besar sedang menutupi matahari. "Wah, awan lebih hebat rupanya! Ia boleh mengatasi terik cahaya matahari." Dia mula berfikir betapa malang nasib dirinya dan betapa bertuahnya awan. Matanya leka mengekori awan yang berarak megah. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan pecah bila membelah bukit tinggi. "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia boleh memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. "Malangnya nasib diriku dan alangkah baik andai aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari." omelnya sendiri.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini. Mukanya bercahaya dan matanya berkaca-kaca. Rupa-rupanya bukit yang tersergam gagah ini tewas kepada seorang pemecah batu. "Dan pemecah batu itu ialah aku!" Dan penuh bertenaga, dia melaungkan, "Aku sebenarnya yang lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu besyukur atas apa yang telah dicipakan Allah untukku." Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan rasa syukur.



Ikhwah akwat yang dimuliakan...
Mungkin dalam melalui kehidupan seharian, kita sering mempersoalkan mengapa kita diletakkan dalam situasi yang merumitkan. Jika kita seorang ketua di tempat kerja, tatkala diuji dengan karenah orang bawahan yang membuatkan hati membara mungkin pernah terlintas persoalan, "Mengapa aku kena berhadapan dengan orang-orang macam ni? Buat sakit kepala dan hati je!" Namun, jika kita perhatikan rahsia di sebalik perancangan Allah itu begitu indah! Sebenarnya Allah sedang melatih kita untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak mengawal segalanya termasuk emosi dan psikologi. Ini juga latihan Allah untuk menjadikan kita seorang da'ie yang hebat. Bukankah tugas sebagai da'ie itu jauh lebih mencabar dari menjadi seorang ketua di tempat kerja? Inilah latihan dan persediaan awal yang diberikan Allah untuk kita sebelum kita menghadapi situasi yang lebih berat dan besar. Dan inilah juga peluang dan kesempatan untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang da'ie dan mengaplikasikan segala teori dalam dakwah fardiah. Betapa bijaknya Dia bukan?



Sedarkah kita bahawa dalam diberikan ujian, Allah juga sedang melatih hati kita untuk mejadi lebih sabar dan kuat. Sebagai ketua atau pemimpin bahkan setiap orang pastinya tidak dapat memuaskan setiap hati orang lain. Apatah lagi sebagai orang yang berada di atas, kita tidak dapat lari dari kritikan, kejian malah umpatan. Pujuklah hati agar bersabar. Berlapang dadalah dan ambil setiap kritikan dan teguran itu sebagai satu perkara yang positif. Janganlah cepat melatah. Ambillah resam pokok yang berbuah lebat. Biarpun dibaling dengan batu, namun tetap dibalas dengan buah. Nah, Allah sedang memberi peluang seluas-luasnya untuk kita merebut pahala sabar! Apa lagi yang kita tunggu? Rebutlah!!!

Rahsia di sebalik perancangan Allah ini juga sama bagi mereka yang sering mengeluh tatkala diri berada dalam sebuah keluarga yang punya konflik berat, ataupun bagi mereka yang berada dalam sebuah keluarga yang tiada tarbiyyah atau tiada kefahaman Islam yang baik. Usah mengeluh dan berdukacita. Ingatlah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Fahamilah dengan hati rahsia di sebalik setiap perancanganNya, kelak hati akan merasa bahagia..



"Bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran..."
[al-Ma'arij:5]



Hati ialah tempat letaknya kefahaman. Andai akal memahami tetapi kefahaman itu tidak meresap ke dalam hati, pastinya ia tidak akan terlahir melalui tingkah. Bukankah hati itu raja di kerajaan diri? Fikir-fikirkanlah...

KY: Indahnya hidup andai hati memahami setiap rahsia di sebalik perancangan Allah... Dialah sebaik-baik perancang...


Friday, March 20, 2009

..::Dia dAtaNG laGi!::..


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,
maka bertawakkal-lah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakkal kepada-Nya
::Ali-Imran;159::


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh...

Salam buat semua rakan-rakan seperjuangan di IIC..
apa khabar iman kita hari ini.......
bagaimana kesempurnaan isLam kita hAri ini...
sudaHkan wujUd ihsan yang hakiki di dalam diri..??

Semoga kalian sentiasa di bawah lindungan yang Maha Pelindung..

Final Exam is here!!!again!!..hmm..'khabar gembira' buat semua..hihi..menunjukkan tanda nikmat Allah yang masih memberi kita peluang untuk terus maju dan mterus berusaha demi kejayaan..bukan begitu?
Alhamdulillah..

klik untuk imej lebih besar..jelas..terang dan nyata...


Di kesempatan ini...(ayat skemaa....)..Alang bagi pihak pimpinan dan ahli Karisma IIC..
wish all the best for all IIC students...who will be taking a final semester exam for this semester..
Which will be start a day after tomorrow..Monday 23rd March until 4th April 2009..

Good Luck to you all!!After almost 4 months striving with all classes..assignments..quizzes..mid term exam...and now..its the moment where we will going to pour it all out in the final exam..



Excited??

Istiqamah dalam usaha..namun jangan biarkan emosi menguasai..jaga kesihatan antum supaya tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku..Demam lah..sakit perut lah..pening lah..sakit kaki lah..sakit tangan lah...
Don't make yourself hurt that make you have to take the special exam...you know how hard it is..hihi..
Most important..do not push yourself too hard..Istiqamah..dan tawakal..insya Allah segalanya aturan-Nya yang terbaik mengiringimu..

hehe..I wish for nothing except the success future and results for all..
Bersama kita berjuang..
Bersama kita berjihad...
Bersama kita berjaya..

Succesfull Indeed Are The Believers; Who Are Humble In Their Prayer...
Jangan Di renung Letihnya Usaha...Tetapi Renunglah Manisnya Sebuah Kejayaan..
.


Bittaufiq Wannajah Fil Imtiiham!!!!

Sunday, February 22, 2009

::MuzaKaraH IPT NasiOnal::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam kasih salam sayang buat semua sahabat perjuangan..

Pada hari Sabtu dan Ahad, 21 Feb dan 22 Feb 2009 lepas, satu lagi program besar anjuran Karisma Nasional telah berlansung. Muzakarah IPT Nasional telah di jalankan di Auditorium B, Enginnering Faculty, IIUM. Seramai lebih kurang 120 peserta yang terdiri dari ameer..ameerah..jk-tpsm..jk-dana..jk-media..bendahari serta s/u dari Karisma IPT seluruh Malaysia telah menghadiri program tahunan ini.
Karisma IIC telah di wakili oleh 2 orang iaitu Akh Arif (Ameer) dan Ukhti Nasyitah (Ameerah) utk MIN kali ini. Alang turut berada di sana sebagai JK Tugas Khas di bawah K-Fasi

OBJEKTIF MIN 2009:
1. Perkongsian Perancangan Strategik Karisma Nasional 2009 di peringkat Nasional dan pengoperasiannya di Peringkat Karisma Negeri, Daerah mahupun IPT.
2. Memperkukuhkan organisasi peringkat lokaliti untuk merealisasikan Rancangan FIDAK 1
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pimpinan Karisma seluruh Malaysia.

Selain perkongsian SP kepada KARISMA negeri, daerah dan IPT Malaysia, MIN kali ini turut menjalankan slot KICK atau Kursus Induksi Cemerlang Kepimpinan anjuran K-Fasi di bawah kelolaan Ukhti Asmaa'. Tujuan KICK adalah sbg salah satu pihak yang akan menjalankan kursus bagi meningkatkan prestasi kepimpinan serta melahirkan qiyadah yang mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W.
Di mulakan dgn slot pengisian oleh Pakcik Roslan yang bertajuk "Melahirkan Qiyadah Mencontohi Kepimpinan Rasulullah S.A.W" dengan penjelasan mengenai keperibadian Baginda sepanjang 23thn pendakwahannya yang dpt di buktikan melalui Al-Quran serta berkisar sejarah2 yang berlaku ketika 23 thn tersebut.

KICK seterusnya di lanjutkan dgn perbincangan mendalami jobscope setiap takrifan dlm KARISMA negeri/daerah/ipt serta pembentangan.
(Alang tiada sewaktu pembentangan, mungkin ada pihak lain dpt memeberi info mengenai pembentangan)

Dalam KICK juga turut Kak Asmaa' selitkan mengenai KARISMA Fasilitator or K-Fasi yang telah di "hidupkan" kembali. Atas usaha sama, K-Fasi telah di anggotai oleh 5 orang iaitu
~Akh Hafiz (K-JAD)
~Akh Haziq(K-JAD)
~Ukhti Nasyitah (K-IIC)
~Ukhti Atikah (K-IIC)
~Ukhti Damia (K...bekerja dgn KRJ Motivation)
5 orang ini akan bertanggungjwb utk memantau ahli Karisma setiap negeri yang terlibat dlm pelbagai program yang memerlukan fasilitator, khusunya KBM. Sedia maklum terdapat beberapa buah negeri telah mempunyai team KBM negeri sendiri seperti Johor, KL, Penang, Melaka. Jadi K-Fasi akan bertindak utk memantau aktivisme ahli yang menjadi fasi supaya program tidak bertembung dgn program tarbiyyah serta melancarakan pergerakan tarbiyyah bagi setiap ahli di lokaliti yang di tetapkan. Negeri2 lain yang tidak mempunyai team tapi pernah mengadakan KBM turut di pantau seperti Sarawak, Terengganu dan Selangor.

MIN berakhir dgn harapan perancangan yang telah di bincangkan semoga berjaya di laksanakan dgn kerjasama KnL serta setiap KARISMA negeri/daerah/ipt.

Sekian
Wallahualam

MAHASISWA DU'AT TERAS KEPIMPINAN
FIKRAH ISLAM DOMINAN ALAM KAMPUS 2015