Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 11, 2008

Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah 2008

Pada 2 November 2008 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah di Saujana Resort, Subang. Seramai 10 orang akhwat K-IIC turut menyumbang tenaga bagi menjayakan majlis ini di mana mereka bertugas sebagai 'baby sitter'. Majlis ini telah menghimpunkan begitu ramai keluarga angkat kepada anak-anak kelahiran RS. Dari bayi hingga kepada anak-anak yang kian menuju keremajaannya ini telah diaturkan agendanya bersama akhwat KARISMA. Gegak gempita suasana dengan suara-suara kecil disertai pelbagai aksi. Memang menguji minda dan kesabaran akhwat namun semuanya adalah latihan untuk menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.


KHAS BUAT ANAK-ANAK RAUDATUL SAKINAH

"SEORANG ANAK"

1.
Berkumpul kasih ibu
mewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahit
di sudut hati

2.
Senyum dan tawamu
yang jernih
bagai meminta
setitis erti
penyatuan seluruh mata angin
dari semua lautan:
ke dalam ruang lapang
yang lebih selesa
dan dewasa

3.
Di sini, seorang anak
berkumpul kasih ibu
mewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsia
yang tersimpan
nikmat kamar

4.
Seluruh waktu tangismu
di semua ladang:
membakar kebiasaan tidur
hangus bersama
berahi mimpi

5.
Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujan
mengisi seluruh ketandusan
sawah di desa

6.
Musim dewasamu
kubina diri
kuhitung hari
kukota kata
sambil mencatatsimpankan
gerak-geri waktu
yang berubah
seperti biasa
tetapi lain

7.
Dan seluruh perbuatan
yang bertentangan
menjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.
Lalu, seoarang anak
simbol penghubung
ikatan sebuah rumahtangga
keakhir zaman

Nukilan rasa:
(Damai Tinta K-IIC)

Gambar-gambar sekitar Majlis Sumbangsih RS 2008:













Kisah lanjut di blog-blog berikut:

Damai Tinta
Kak Ngah
Ayu



"Jika pada dasarnya kita melakukan sesuatu adalah dengan niat membantu sesama muslim, ikhlas akan pengorbanan masa, tenaga, waktu... barangkali nikmat itu Allah akan balas dengan nikmat yang kita sendiri tidak mampu untuk mengandaikan bila, apa, di mana dan mengapa... kerana setiap persoalan yang bermain dalam lingkar minda adalah rahsia pemikir semata"

Syukran jazilan kepada Tuan Rumah... Umi Roses... Umi Ida... Kak Teh Misah dan seluruh penggerak K-IIC kali ini...


~Kak Yong~

1 comment:

emma_maria05 said...

kenapa ada sesetengah keluarga angkat tidak membenarkan ank kelahiran RS berjumpa denag ibu kandung nya?pada hal ini adalah perkara yang tak sepatut nya kerana boleh terputusnya silaturahim antara ank dan ibu-RS kelantan