Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, July 28, 2009

KGN '09 [Part I]

Alhamdulillah, pada 25 hingga 26 Julai 2009 yang lalu ana berkesempatan menghadiri Konvensyen Graduan Nasional 2009 (KGN '09) yang bertempat di Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa. Biarpun ana merupakan satu-satunya wakil dari IIC, ia tidak menjadi halangan atau masalah buat diri ana (KBM KnL tahun lepas pun ana jadi wakil tunggal IIC).

Memulakan perjalanan seorang diri seawal jam 7 pagi dari Bandar Anggerik dengan bas Rapid KL, ana dikejutkan dengan satu insiden di Stesen Bas Klang (bersebelahan Stesen LRT Pasar Seni). Melihatkan kelibat ramai anggota polis berpakaian seragam dan tagline kuning tertera "FORENSIK", hati ana tertanya-tanya. Menyedari masa kian suntuk (pendaftaran bermula jam 8.30 pagi sedang ketika itu waktu telah menunjukkan jam 8.15 pagi) ana bergegas menuju ke eskelator. Setelah membeli tiket ke Setiawangsa, ana tergerak hati untuk melihat ke bawah... dan... astaghfirullahal 'azim... ana melihat seorang lelaki berlumuran darah di celah-celah gerai Stesen Bas Klang. Tak sanggup mata ini untuk berlama-lama memandang, lantas ana segera mengatur langkah menuju ke platform.

Jam 8.45 pagi, ana selamat tiba di perkarangan Masjid Mua'adz bin Jabal. Dalam mencari-cari tempat program berlangsung, ana bertemu dengan seorang akhwat yang tidak ana kenali. Setelah bertegur sapa, kami bersama-sama menuju je dewan utama di tingkat bawah. Kedatangan kami disambut oleh Kak Mus dan para urusetia KGN '09. Usai sesi pendaftaran, ana melangkah ke dalam dewan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Akh Dhany dimulakan tepat jam 9.38 pagi. Akh Amirul sebagai Pengarah KGN '09 mengalu-alukan kehadiran para peserta dan menerangkan objektif program. Seterusnya Dr. Zainudin Abdullah selaku Pengerusi JIM IPT telah memberikan ucapan sebelum Hj. Zaid Kamarudin yang merupakan Presiden JIM menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan KGN '09 dengan tema 'Thabat Berjuang Menempuh Cabaran'.

Friday, July 24, 2009

Masih Ada Yang Sayang...

Hati seorang ibu benar-benar terluka. Petang itu tatkala dalam perjalanan pulang dari kerja, pihak sekolah menghubunginya meminta agar dia segera datang bertemu pengetua sekolah anak lelakinya. Sudahlah seluruh tubuh keletihan gara-gara bebanan kerja seharian, kini ditambah pula dengan khabaran salah laku anaknya si dekolah.

"Puan, anak puan terpaksa kami gantung pesekolahannya selama seminggu atas beberapa kesalahan disiplin. Namun seandainya anak puan masih mengulangi kesalahan yang sama atau melanggar mana-mana peraturan sekolah yang lain, pihak kami terpaksa menyingkirkan anak puan dari sekolah ini." Kata-kata tuan pengetua itu kedengaran umpama letupan bom atom di bumi Hiroshima dan Nagasaki, begitu memeranjatkan hati si ibu. Perlahan, menitis air mata seorang ibu. Tangan si anak diraih dan digenggam kejap. Wajah si anak dipandang sayu.

"Along, sejujurnya ibu amat sedih atas apa yang telah Alog buat biarpun ibu dan ayah telah berusaha memberikan didikan yang terbaik buat Along. Tapi walau apa pun, ibu nak Along tahu bahawa hukuman yang Along terima ini besar maknanya. Along amat bertuah kerana di waktu Along melakukan kesilapan dan kesalahan, masih ada orang yang sudi menegur, menasihati dan memarahi Along. Itulah tandanya MASIH ADA YANG SAYANG dan ingin membantu Along untuk berubah." Air mata si ibu gugur lagi. Kepala anak lelakinya diusap perlahan lantas bibir mulia si ibu mengucup lembut ubun-ubun si anak.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi, andai kita perhatikan kisah di atas pasti ada di antara kita pernah melalui situasi yang seakan-akan sama. Dalam kehidupan kita ini adakalanya kita tidak sedar terdapat banyak tanda-tanda Allah masih sayangkan kita. Tatkala kita tersasar dari jalan-Nya, Dia titipkan seseorang untuk menarik kita agar tidak tersasar lebih jauh. Begitu juga andai Dia titipkan ujian demi ujian untuk kita, itulah tanda kasih sayang-Nya. Itulah tandanya Dia masih memandang kita. Cuba bayangkan jika Dia sudah tidak mahu memandang kita? Sudah pastilah kita akan dibiarkan terleka dan lalai dengan godaan dan pesona dunia...


** Teringat sebaris lirik dari lagu kumpulan nasyid Mestica, "...aku tahu inilah kasih-Mu, aku tahu inilah cinta-Mu..." **

Sunday, July 19, 2009

KGN 09

Program:
KONVENSYEN GRADUAN NASIONAL 2009
(KGN 2009)

Tarikh (masa):
25 Julai 2009 (8.30pg) - 26 Julai 2009 (3.30ptg)

Tempat:
Masjid Mu'adz bin Jabal, Setiawangsa, KL

Sasaran Peserta:
i- Graduan IPT dalam dan luar negara dalam tempoh 3 tahun terdahulu
ii- PELAJAR TAHUN AKHIR DI IPT DALAM DAN LUAR NEGARA
iii- Pernah atau masih mengikuti sistem pentarbiyahan JIM
Yuran:
RM 30

Penganjur:
JIM IPT Pusat, dengan kerjasama JIM IPT Selangor

Objektif Program:

1- memberikan pendedahan mengenai raliti dan cabaran hidup selepas alam kampus.
2- perkongsian pengalaman dari aktivis JIM di dalam menghadapi cabaran kehidupan.
3- memberi pengenalan terhadap gerak kerja dakwah JIM di Malaysia dan bagaimana para belia mampu turut sama menyumbang dalam visi perlaksanaan syarian 2020
4- memupuk silaturrahim serta mewujudkan rangkaian ukhuwah diantara para peserta dengan mereka di dalam aktivisme JIM.

Utk mendaftar, hubungi Sdr Khairul Fadhli di jundullah85@gmail.comatau 0133554342 / 0125726557, dan nyatakan maklumat berikut:

Nama
IC
Tempat tinggal (sekarang)
Hp
Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2009