Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 17, 2008

KAPPel '09



Assalamu'alaykum. .

Semoga ikhwah/akhawat semua berada di bawah naunganNya senantiasa. Seperti yang dijanjikan, PENDAFTARAN untuk KAPPel '09 kini dibuka.

Tarikh tutup pendaftaran: 2 Januari 2009

KAPPel '09

Kursus Asas Pra-Perkahwinan Nasional '09
.: Langkah Bermula...Membina Mahligai Bahagia :.

Bila?

10 dan 11 Januari 2009 (Sabtu & Ahad)

Di mana?

Masjid As-Syakirin, KLCC

Untuk siapa?

Terbuka kepada 150 peserta dari ahli Karisma dan JIM Belia yang berumur 20-30 tahun
[masih bujang dan merancang untuk kahwin/ sudah berkahwin dan usia perkahwinan kurang setahun]

Yurannya?

Cuma RM50 sahaja!

Anjuran
Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Kebajikan JIM Pusat [JKPKK], JIM Kuala Lumpur dan Karisma Nasional

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nur Idayu Binti Abd Rahman - 019-2273155
Jamnorzila Mustapa - 012-3503234


Thursday, December 11, 2008

PKN 2008!




Karnival KARISMA!





Jom berKarnival!

Kenapa?
Krn karnival ini lain drpd yg lain!
~Mari rasai sendiri, suasana yg menghiburkan tp Islami~
... Dan yang penting, karnival ini adalah utk anda!


Apa yang ada?
Eh...Macam-macam adaaa...!
Kita ada forum, bazaar, pameran, nasyid,
bengkel penulisan dan baanyak lagi.
Datanglah, InsyaAllah tak rugi... ;)


Ha, tunggu apa lagi?
Kosongkan tarikh 27 & 28 Disember ini...
Bawaklah sekali mak ayah, famili, saudara mara & sahabat handai.
Pendek kata, semuaaalah yg ada...

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.


Program Aulad!



Alhamdulillah, dalam kesibukan permulaan semester baru di IIC, Allah masih memberi ruang dan kesempatan buat diri Kak Yong dan Sakeena untuk menyumbangkan tenaga dalam program Aulad anjuran Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang diadakan di Pondok Penyayang Raudhah, Gombak. Program ini telah berlangsung pada 2 Disember 2008 yang lalu.

Seawal jam 8.15 pagi Kak Yong dan Sakeena tiba di perkarangan Sekolah Islam Al-Amin, Gombak. Tidak lama kemudian Mak Long, Makcik Jam dan makcik-makcik yang lain tiba. Tepat jam 8.30 pagi, kami bergerak menuju ke lokasi.

Setibanya di lokasi, kami di sambut oleh pihak pengurusan Pondok Penyayang Raudhah. Seramai 63 orang adik-adik dari JIM KL dan adik-adik dari Pondok Penyayang Raudhah telah mengambil bahagian.

Slot ice breaking telah dikendalikan oleh Kak Nina dan diteruskan dengan slot Kami Khalifah Allah. Slot ini memperingatkan adik-adik tentang tanggung-jawab terhadap Allah & Rasul, kedua ibubapa, sahabat dan alam. Program seterusnya adalah sukaneka & treasure hunt yang dikendalikan oleh pihak Raudhah.

Sejurus selepas itu, adik-adik telah diberi peluang untuk membuat 'palm print' di atas kad manila yang disediakan. Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah/cenderahati dan makan tengahari. Secara keseluruhannya adik-adik kelihatan seronok dan Kak Yong sendiri mendapat banyak pelajaran dan pengalaman menarik di sini.









~Kak Yong~

Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah 2008

Pada 2 November 2008 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah di Saujana Resort, Subang. Seramai 10 orang akhwat K-IIC turut menyumbang tenaga bagi menjayakan majlis ini di mana mereka bertugas sebagai 'baby sitter'. Majlis ini telah menghimpunkan begitu ramai keluarga angkat kepada anak-anak kelahiran RS. Dari bayi hingga kepada anak-anak yang kian menuju keremajaannya ini telah diaturkan agendanya bersama akhwat KARISMA. Gegak gempita suasana dengan suara-suara kecil disertai pelbagai aksi. Memang menguji minda dan kesabaran akhwat namun semuanya adalah latihan untuk menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.


KHAS BUAT ANAK-ANAK RAUDATUL SAKINAH

"SEORANG ANAK"

1.
Berkumpul kasih ibu
mewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahit
di sudut hati

2.
Senyum dan tawamu
yang jernih
bagai meminta
setitis erti
penyatuan seluruh mata angin
dari semua lautan:
ke dalam ruang lapang
yang lebih selesa
dan dewasa

3.
Di sini, seorang anak
berkumpul kasih ibu
mewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsia
yang tersimpan
nikmat kamar

4.
Seluruh waktu tangismu
di semua ladang:
membakar kebiasaan tidur
hangus bersama
berahi mimpi

5.
Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujan
mengisi seluruh ketandusan
sawah di desa

6.
Musim dewasamu
kubina diri
kuhitung hari
kukota kata
sambil mencatatsimpankan
gerak-geri waktu
yang berubah
seperti biasa
tetapi lain

7.
Dan seluruh perbuatan
yang bertentangan
menjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.
Lalu, seoarang anak
simbol penghubung
ikatan sebuah rumahtangga
keakhir zaman

Nukilan rasa:
(Damai Tinta K-IIC)

Gambar-gambar sekitar Majlis Sumbangsih RS 2008:













Kisah lanjut di blog-blog berikut:

Damai Tinta
Kak Ngah
Ayu



"Jika pada dasarnya kita melakukan sesuatu adalah dengan niat membantu sesama muslim, ikhlas akan pengorbanan masa, tenaga, waktu... barangkali nikmat itu Allah akan balas dengan nikmat yang kita sendiri tidak mampu untuk mengandaikan bila, apa, di mana dan mengapa... kerana setiap persoalan yang bermain dalam lingkar minda adalah rahsia pemikir semata"

Syukran jazilan kepada Tuan Rumah... Umi Roses... Umi Ida... Kak Teh Misah dan seluruh penggerak K-IIC kali ini...


~Kak Yong~