Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 17, 2008

KBM Kolej Islam Antarabangsa

Alhamdulillah, pada 7 dan 8 Jun yang lalu program KBM - Keindahan Bersama Mu telah berjaya diadakan di Kolej Islam Antarabangsa. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Wanita, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa dengan kerjasama JIM Daerah Batu dan KRJ Motivasi Kuala Lumpur.

Program ini merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Wanita yang juga merupakan bahagian yang baru ditubuhkan dalam Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa. Program ini menerima penyertaan seramai 47 orang yang terdiri dari 11 orang ikhwah dan 36 orang akhwat. Barisan akhwat IIC seramai 6 orang yang sebelum ini menjadi fasilitator dalam program KBM di sekolah-sekolah sekitar KL dan Selangor, turut menjadi peserta dalam program KBM di tempat sendiri. Walaupun banyak halangan dan cabaran sepanjang proses untuk merealisasikan KBM di Kolej Islam Antarabangsa, namun akhirnya pesawat KRJ telah berlepas dengan jayanya dari 'lapangan terbang' IIC.

Terdapat beberapa kelainan dalam slot-slot yang telah di sajikan oleh para pengendali di mana peserta dikejutkan dengan slide yang mengandungi kata-kata harapan ibu bapa beberapa orang peserta serta yang lebih menarik, live call kepada 2 orang parents di rumah buat anak-anak yang menyertai KBM IIC ni. Suasana sedih menyelubungi dewan ketika mendengar pesanan oleh ibu bapa tersebut. Beberapa peserta kemudian mengambil peluang mengulas kembali harapan dan luahan hati ibu ayah.

Majlis penutup KBM IIC dilaksanakan oleh En Rosli iaitu Kaunselor IIC dan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dari pihak kolej kepada team KBM-KL.


Kak Teh dan Kak Yong bersama adik-adik kumpulan Wahidah



Amin Mokri dan peserta sayang... tengah explore al-Qur'an


Abang Bai sedang mengendalikan slot KMKY...



Bincang-bincang...

Barisan pengendali, fasilitator dan pengarah program...


Antara komen & luahan para peserta:
  1. Dah lama aku tak menangis dan umur 23 tahun ni baru aku menangis. Program ni memang best giler-giler.
  2. Program ni memang bagus sangat-sangat. Kalau boleh saya nak mula join usrah ikhwah.
  3. Rugi tak bawak bestfriend saya…so feeling pun kurang la sebab buat in-team dengan orang yang tak berapa rapat.
  4. Kalau kena pergi KBM lagi sekali, biar kena bayar RM50 pun saya sanggup. Memang best sangat-sangat la!

Antara komen dari orang-orang yang dipaksa datang:

  1. Kak, terima kasih sebab paksa saya datang program ni. Kalau akak tak paksa saya datang, mesti saya takkan dapat rasa semua ni…
  2. Mula-mula rasa terpaksa, dah setengah hari rasa macam best…tapi bila dah habis memang best la sangat-sangat…memang rugi la sape yang tak datang. Kalau dah datang baru tau `keindahan' program ni…terima kasih banyak-banyak kak…
  3. Kak, insaf saya…program ni memang best sangat…kat sini la saya dapat sesuatu yang saya takkan dapat kat kolej. Kat sini la saya dapat luahkan lafaz yang tersimpan buat mak ayah saya…saya tak malu dan bangga sangat nak cakap… `Mak, ayah, saya saayaanngggg mak dan ayah'.

Komen peserta yang pernah menjadi fasilitator KBM:

  1. Memang rasa kelainan lebih-lebih lagi dalam slot Hijrah. Selama ni kita tengok adik-adik yang tulis, kita cuma guide. But, when you are dealing with yourself to write you own Hijrah towards Allah, parents (especially) and friends, it was all different. Lebih terasa dan bermakna..

Dan banyak lagi komen-komen dari peserta. Apa pun, bila pergantungan dibina sepenuhnya kepada Allah, hasil yang baik akan kita perolehi. Apapun, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan KBM di IIC. Syukran jazilan... Jazakumullahu khairal jaza'




Salam Perasmian




Dengan nama Allah yang Maha A-Rahman & Ar-Rahim...


Alhamdulillah, sesungguhnya kami memujinya, kami meminta pertolongan darinya, kami memohon ampun darinya, dan kami memohon perlindungan dari Allah daripada segala kejahatan, barangsiapa yang yang diberi hidayah oleh-Nya tidak akan dapat disesatkan oleh sesiapa, barangsiapa yang disesatkan oleh-Nya, tiada siapa yang dapat beri hidayah kepadanya. Dan kami bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah subhana wa ta'ala, dan sesungguhnya Muhammad Rasulullah sallahu'alaihi wassallam adalah pesuruh dan hambanya.

Di dalam blog ini insyaallah akan dimuatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia) Kolej Islam Antarabangsa termasuk aktiviti usrah ikhwah dan akhwat juga aktiviti-aktiviti lain termasuk rehlah dan daurah. Bersama-samalah kita melalui Islam membina masyarakat di kampus IIC.


-MAHASISWA DU'AT TERAS KEPIMPINAN-